PROGRAM
SYOKNYA KE PERPUSTAKAAN SEMPENA CUTI SEKOLAH
Aktiviti 9 : Kem Anak Soleh Kreatif
Tarikh : 15 Dis 2016
Masa : 9.30pagi – 2.00 ptg
Tempat : Auditorium, Perbadanan Perpustakaan Awam Kangar,
Perlis
Peserta : 51 orang kanak-kanak
Melalui kem ini, para peserta
didedahkan tentang bagaimana untuk menjadi anak yang soleh kepada kedua ibu
bapa dan masyarakat. Pelajar juga didedahkan tentang perkembangan agama islam
dan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan seperti membuat rumah dan gimik silap
mata. Penceramah adalah Ustaz Faryzal Bin Abdul Razak dan Ustazah Syamilah
binti Saad.
Program Cuti
Sekolah 2016: Syoknya ke Perpustakaan! diadakan bertujuan untuk menyemarakan
masyarakat terutamanya kanak-kanak dan ibu bapa untuk datang ke perpustakaan
dalam mengisi masa lapang cuti sekolah. Perpustakaan bukan sahaja tempat
mencari ilmu bahkan dapat melakukan perkara-perkara yang menyerononokkan
melalui aktiviti di samping dapat menambahkan ilmu pengetahuan.
Pihak sekolah,
jabatan luar bolehlah menjemput pihak perpustakaan untuk adakan aktiviti
galakan membaca di sekolah atau adakan lawatan di perpustakaan dalam menggalakkan
kanak-kanak, belia dan dewasa minat membaca.
Hubungi
Pn.
Zairina Hashim
Perbadanan
Perpustakaan Awam Negeri Perlis
Jln
Penjara, 01000 Kangar, Perlis
No. Tel:
049764436 (Pejabat)
0174696110
(H/P)
0 comments:
Post a Comment