Bersukan dan kenali rakan

Perpustakaan bukan hanya tempat untuk membaca tetapi adik-adik boleh terlibat aktiviti menyihatkan seperti bersukan dan kenali rakan.

Aktiviti membaca bersama

Selangkah ke perpustakaan, selautan ilmu pengetahuan. Membaca dan kongsikan bahan bacaan bersama rakan-rakan untuk tambahkan ilmu pengetahuan.

Anak soleh kreatif

Smart learning, smart solat, smart akhlak.

Seni kraf

Pelajari bagaimana menjadikan bahan-bahan terbuang menjadi kraf yang cantik dan unik.

Pertandingan bercerita dan aktiviti bercerita

Membaca menjadikan kita luas pengetauan. Sertai pertandingan bercerita atau saksikan persembahan puppet.

Thursday, 30 March 2017

Promosi Galakan Membaca sempena Pelancaran Program Nilam Peringkat Sekolah @ Sek. Keb. Padang Keria

Tarikh: 30 March 2017 (Khamis)

Masa : 7.45 Pagi - 12.00 Tgh Hari
Tempat : Sek. Keb. Padang Keria


Sekalung penghargaan kepada Sek. Keb. Padang Keria kerana telah menjemput Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis  bagi mengadakan Promosi Galakan Membaca sempena Pelancaran Program Nilam Peringkat Sekolah.

Pelbagai aktiviti diadakan kepada pelajar tersebut yang seramai 150 orang seperti tayangan cerita pendidikan & kuiz, kempen daftar ahli perpustakaan,  kuiz putar-putar ilmu, baca jawi, eja perkataan, sudut bacaan, sudut permainan, i-play toy library, pameran buku dan sebagainya.
Sambutan pelajar amatlah menggalakkan.

Pada program tersebut, Perpustakaan Desa Bohor Mali telah memberi pinjaman buku berkelompok sebanyak 100 buah dan diharap pelajar sekolah mengambil manfaat dengan membaca buku tersebut. Membaca jambatan ilmu.

Pendaftaran ahli adalah percuma. Kelebihan menjadi ahli adalah dapat meminjam buku sebanyak 3 buah selama 3 minggu dan dapat menjalankan aktiviti galakan membaca.

Diharap dengan pendedahan program ini, dapat menarik minat pelajar untuk menimba ilmu melalui membaca. Selangkah ke perpustakaan, selautan ilmu pengetahuan.

# kami juga menawarkan perkhidmatan pinjaman buku berkelompok kepada jabatan/sekolah yang berminat. Sebanyak 100 buah buku ditawarkan kepada sekolah dan jabatan yang berminat. Tempoh masa adalah sebulan.

# Jemputlah perpustakaan untuk adakan pameran dan aktiviti di organisasi @ sekolah anda. Aktiviti galakan membaca seperti taklimat perpustakaan, taklimat galakan membaca, ceramah literasi maklumat, bengkel perpustakaan, celik IT, pameran, mewarna, aktiviti i-play toy, lawatan dan lain-lain aktiviti lagi..

Maklumat lanjut hubungi:

Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis
Jalan Penjara, 01000 Kangar, Perlis
No. tel : 049764436
Faks : 049760906
H/p : 0174696110 (Zairina)

















Wednesday, 29 March 2017

Pameran & Promosi Galakan Membaca sempena Hari Terbuka & Mesyuarat Agung PIBG @ Sek. Keb. Felda Mata Air

Tarikh: 29 March 2017 (Rabu)

Masa : 9.00 Pagi - 12.00 Tgh Hari
Tempat : Sek. Keb. Felda Mata Air


Sekalung penghargaan kepada Sek. Keb. Felda Mata Air kerana telah menjemput Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis  bagi mengadakan Pameran dan Promosi Galakan Membaca sempena Hari Terbuka & Mesyuarat Agung PIBG KAli ke 26 2017 @ Sek. Keb. Felda Mata Air

Pelbagai aktiviti diadakan kepada pelajar tersebut yang seramai 170 orang seperti ,  kuiz putar-putar ilmu, baca jawi, eja perkataan, sudut bacaan, sudut permainan, i-play toy library, pameran buku dan sebagainya.

Sambutan pelajar amatlah menggalakkan.

Perpustakaan Desa berdekatan adalah Perpustakaan Desa Kg. Tersusun, Perpustakaan Desa Wang Kelian, Perpustakaan Desa Kaki Bukit, Perpustakaan Desa Lubuk sireh, Perpustakaan Desa Titi Tinggi dan Perpustakaan Desa Bukit Chabang manakala perpustakaan cawangan adalah Perpustakaan Cawangan Padang Besar.

Para guru diberi penerangan tentang pinjaman buku berkelompok sebanyak 100 buah di perpustakaan yang berhampiran tersebut. Selain itu, pihak sekolah bolehlah adakan kerjasama dengan pihak perpustakaan untuk adakan aktiviti.

Pendaftaran ahli adalah percuma. Kelebihan menjadi ahli adalah dapat meminjam buku sebanyak 3 buah selama 3 minggu dan dapat menjalankan aktiviti galakan membaca.

Diharap dengan pendedahan program ini, dapat menarik minat pelajar untuk menimba ilmu melalui membaca. Selangkah ke perpustakaan, selautan ilmu pengetahuan.

# kami juga menawarkan perkhidmatan pinjaman buku berkelompok kepada jabatan/sekolah yang berminat. Sebanyak 100 buah buku ditawarkan kepada sekolah dan jabatan yang berminat. Tempoh masa adalah sebulan.

# Jemputlah perpustakaan untuk adakan pameran dan aktiviti di organisasi @ sekolah anda. Aktiviti galakan membaca seperti taklimat perpustakaan, taklimat galakan membaca, ceramah literasi maklumat, bengkel perpustakaan, celik IT, pameran, mewarna, aktiviti i-play toy, lawatan dan lain-lain aktiviti lagi..

Maklumat lanjut hubungi:

Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis
Jalan Penjara, 01000 Kangar, Perlis
No. tel : 049764436
Faks : 049760906
H/p : 0174696110 (Zairina)


















Monday, 20 March 2017

Kursus Pengurusan Perpustakaan kepada Pengawas Pusat Sumber SMK Derma

Kursus Pengurusan Perpustakaan kepada Pengawas Pusat Sumber Sekolah SMK Derma telah diadakan dengan jayanya pada 20 Mac 2017 bertempat di Perpustakaan Bestari Samsung. Kursus ini bermula jam 9.00 pagi - 12.30 tgh hari. Seramai 26 orang pelajar dan 5 orang guru telah menghadirinya.

Pelajar didedahkan tentang apa itu perpustakaan, jenis-jenis perpustakaan, bahan-baha yang terdapat di perpustakaan seperti bahan bercetak dan tidak bercetak, bahan eletronik, pencarian bahan menggunakan pangkalan data dan internet, pengurusan perpustakaan, katalog dan pengkelasan buku.

Tahniah kepada SMK Derma!


Wednesday, 15 March 2017

Tayangan sempena Cuti Sekolah March 2017

Unit Sumber Media telah adakan aktiviti tayangan di Perpustakaan Bestari Samsung sepanjang cuti sekolah pada bulan March 2017. Ini bertujuan untuk mengisi masa lapang mereka ketika berada di dalam perpustakaan. Bahan-bahan CD boleh didapati di Unit Sumber Media. Keahlian adalah percuma.

Pelbagai CD boleh didapati di sini..sila klik Unit Sumber Media

Berikut adalah tayangan sepanjang musim cuti sekolah:

15.3.2017 - Cerita Pendidikan
15.3.2017 - Dinocroc Vs Supergator
16.3.2017 - Mrs Doubfire
17.3.2017 - Spider-Man 2
18.3.2.17 - Spider Man

Seramai 150 orang terlibat aktiviti tayangan sepanjang cuti sekolah.




Lawatan pelajar Genius Aulad Kangar Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis

Tahniah dan penghargaan kepada pengurusan dan pelajar Genius Aulad Kangar kerana sudi adakan lawatan sambal belajar bersempena acara Thematic Field Trip ke Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis pada 15 Mac 2017, 9.00 pagi - 11.00 pagi. Sebanyak 70 orang pelajar dan 10 orang guru terlibat semasa lawatan tersebut.

Murid-murid dibahagikan kepada 3 kumpulan. Setiap kumpulan akan mengadakan aktiviti berjadual seperti mewarna, lawatan ke Samsung Smart Library (baca e-book dan tayangan) dan aktiviti bercerita di Perpustakaan Kanak-Kanak.

Turut diadakan penyampaian buku handmade hasil karya murid-murid kepada Perpustakaan Awam Negeri Perlis.

# Kepada pihak sekolah yang ingin adakan lawatan, bolehlah menghantar surat kepada PENGARAH, PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI PERLIS, JALAN PENJARA, 01000 KANGAR, PERLIS. NO. TEL : 04-9764436 NO. FAKS 049764436













Tuesday, 7 March 2017

Pameran perpustakaan sempena Pesta Angin Timur 2017


Pesta Angin Timur 2017 berlangsung dengan jayanya pada 3-5 March 2017. Pesta Angin Timur ini merupakan anjuran kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Perlis dengan kerjasama Pejabat Pelancongan Negeri Perlis serta kerajaan negeri Perlis. Pelbagai aktiviti dijalankan selama 3 hari program berlangsung. Sebanyak 90 lebih jabatan dan agensi bekerjasama menjayakan program Pesta Angin Timur ini.

Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis turut bekerjasama terlibat dalam program tersebut. Antara aktiviti yang diadakan seperti teka jumlah berat padi, pameran perpustakaan, pameran buku, info dan kuiz mengenai Angin Timur, mewarna, pameran bas e pustaka, sudut bacaan dan sebagainya. Seramai lebih kurang 2000 orang membanjiri booth Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis sepanjang 3 hari program dijalankan.
pameran buku dan hadiah basikal untuk teka berat padi


Info dan kuiz angin timur

khemah perpustakaan

Aktiviti mewarna kanak-kanak
Sebahagian jawatankuasa pameran perpustakaan pada hari ke 3 - pagi

Che Eina bersama Kubota Berhias

Program yang besar. Sebahagian gerai nun jauh sehingga ke belakang. Sayup mata memandang



Sedikit perkongsian Info mengenai 'Angin Timur'

Angin Timur

‘Angin Timur’ bermaksud musim timur yang membawa angin yang agak sejuk antara bulan Disember hingga Mac setiap tahun.

Ángin Timur’ sangat unik kerana Perlis mempunyai cuaca yang agak panas di Malaysia sepanjang tahun.



Aktiviti-Aktiviti petani di Musim Timur

Ketika musim timur, sebahagian besar daripada lebih 26,500 hektar kawasan tanaman padi di Perlis telah dituai dan sawah mula kering.

Bagi para petani khususnya pesawah, musim timur adalah masa untuk mereka berehat sebelum memulakan musim baru persawahan pada musim barat yang membawa hujan.



Bermain wau

Kawasan sawah yang lebih dikenali sebagai "bendang" oleh masyarakat tempatan akan berubah wajah menjadi tempat bermain wau,

Suatu ketika dahulu, musim timur diwarnai dengan pelbagai kegiatan penduduk termasuk bermain wau tradisional yang beraneka jenis dan corak

Antaranya wau helang, wau bulan, wau jala budi, wau merak dan wau kucing yang mengeluarkan pelbagai bunyi daripada dengung yang dipasang di busur wau

Selain menjadi dengung yang bunyinya terhasil mengikut kekuatan angin di udara, busur juga berperanan sebagai pengimbang wau.



Mengemping / menumbuk emping

Suatu ketika dahulu, kegiatan mengemping atau menumbuk emping terutama pada waktu malam bulan mengambang. Irama alu bertingkah memecah keheningan malam ketika kegiatan menumbuk emping daripada padi pulut berlangsung di kampung-kampung

Kegiatan itu membabitkan antara dua dan enam penumbuk emping yang berkongsi lesung yang sama dan setiap hentakan daripada alu yang berbeda itu menghasilkan irama tersendiri



Serunai batang padi

Pada masa yang sama, ada penduduk yang membuat serunai batang padi dan meniupnya bagi menghasilkan bunyi yang indah.

Batang padi yang dijadikan serunai biasanya dibalut dengan daun kelapa supaya ia lebih mantap dan mudah dipegang.



Mengagau ikan

Bagi yang berminat untuk bermain lumpur, boleh sahaja mencuba kegiatan menggagau ikan di sungai-sungai yang mulai kering airnya.

Di situ anda boleh menguji kebolehan menangkap ikan haruan yang bersembunyi dalam lumpur menggunakan tangan



Aktiviti-aktiviti lain

Selain itu, kawasan bendang turut dijadikan padang bola sepak bendang, tapak sukaneka dan persembahan kebudayaan selain menjadi tapak majlis kenduri.



Pesta Angin Timur oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Perlis



Melihat kepada potensi ini, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Perlis dengan kerjasama Pejabat Pelancongan Negeri Perlis serta kerajaan negeri Perlis mula menganjurkan acara Pesta Angin Timur



Pesta Angin Timur adalah mengambil nama sempena peredaran musim daripada sejuk kepada musim panas yang dibawa oleh angin dari sebelah timur ke negeri Perlis. Diketika ini lah padi sudah selesai dituai dan menanti petak sawah digenangi air semula untuk tanaman padi musim seterusnya. Berlatarbelakangkan suasana kampung, program ini mampu memaparkan keaslian dan keindahan budaya tempatan serta menjurus kepelbagaian aktiviti cara hidup masyarakat pesawah melalui acara-acara yang disediakan serta dapat juga menikmati keenakan masakan dan makanan tradisional tempatan.



Disediakan oleh:

Skuad Promosi Perpustakaan

Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis





Rujukan:

Badang Bendang jadi tarikan Pesta Angin Timur. URL : http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/badang-bendang-jadi-tarikan-pesta-angin-timur-1.67228



Musim Timur Kembali Lagi URL : http://www.sinarharian.com.my/mobile/edisi/utara/musim-timur-kembali-lagi-1.371134



Nostalgia Pesta Angin Timur . URL : http://www.hmetro.com.my/node/42143



Keunikan Pesta Angin Timur tarik pelancong ke Perlis : URL http://www.bharian.com.my/node/133260



Eldawati binti Laung (2017). Kenyataan media : Pesta Angin Timur Perlis 2017 mensasarkan100,000 pengunjung.




Thursday, 2 March 2017

Kemahiran Literasi Maklumat kepada Guru Perpustakaan & Media

2 Mac 2017 - Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis yang diwakili oleh Pn. Haizatul Afni dan Pn. Zairina Hashim dijemput untuk mengadakan ceramah mengenai kemahiran Literasi Maklumat kepada 40 orang Guru Perpustakaan dan Media di sekolah negeri Perlis. Program ini diadakan di BTPNPs dari jam 8.30 pagi - 5.00 petang.

Program ini merupakan anjuran Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis. Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis memainkan peranan penting dalam penyaluran dan penyebaran maklumat kepada guru-guru di peringkat sekolah melalui pelaksanaan program literasi maklumat dan teknologi pendidikan dalam membangunkan pusat sumber sekolah di peringkat sekolah.

Di dalam ceramah ini, pihak perpustakaan menekankan 6 modul utama di dalam literasi maklumat termasuklah pencarian maklumat, penyebaran maklumat dan sebagainya. Para peserta turut diberi pendedahan tentang perkhidmatan yang disediakan oleh Perbadanan Perputakaan Awam Negeri Perlis, U-Pustaka dan pangkalan data yang terdapat di dalam u-pustaka spt pressreader, national geographic dan sebagainya, program galakan membaca yang disediakan oleh perpustakaan dan Sasbadi Online.

# kami juga menawarkan perkhidmatan pinjaman buku berkelompok kepada jabatan/sekolah yang berminat. Sebanyak 100 buah buku ditawarkan kepada sekolah dan jabatan yang berminat. Tempoh masa adalah sebulan.

# Jemputlah perpustakaan untuk adakan pameran dan aktiviti di organisasi @ sekolah anda. Aktiviti galakan membaca seperti taklimat perpustakaan, taklimat galakan membaca, ceramah literasi maklumat, bengkel perpustakaan, celik IT, pameran, mewarna, aktiviti i-play toy, lawatan dan lain-lain aktiviti lagi..

Maklumat lanjut hubungi:

Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis
Jalan Penjara, 01000 Kangar, Perlis
No. tel : 049764436
Faks : 049760906
H/p : 0174696110 (Zairina)