Bersukan dan kenali rakan

Perpustakaan bukan hanya tempat untuk membaca tetapi adik-adik boleh terlibat aktiviti menyihatkan seperti bersukan dan kenali rakan.

Aktiviti membaca bersama

Selangkah ke perpustakaan, selautan ilmu pengetahuan. Membaca dan kongsikan bahan bacaan bersama rakan-rakan untuk tambahkan ilmu pengetahuan.

Anak soleh kreatif

Smart learning, smart solat, smart akhlak.

Seni kraf

Pelajari bagaimana menjadikan bahan-bahan terbuang menjadi kraf yang cantik dan unik.

Pertandingan bercerita dan aktiviti bercerita

Membaca menjadikan kita luas pengetauan. Sertai pertandingan bercerita atau saksikan persembahan puppet.


Showing posts with label tayangan. Show all posts
Showing posts with label tayangan. Show all posts

Friday, 15 December 2017

Membaca, tayangan dan kuiz

15 Dis 2017. Aktiviti yang dijalankan adalah membaca, tayangan dan kuiz sempena Program Syoknya ke Perpustakaan sempena cuti sekolah di Perpustakaan Kanak-Kanak, Perpustakaan Awam Perlis.

Kanak-kanak diberi masa selama 30 minit untuk membaca buku kegemaran mereka dan berkongsi apa yang dibaca bersama rakan-rakan melalui aktiviti kupasan buku.

Kanak-kanak diberi pendedahan bahawa maklumat bukan sahaja boleh didapati melalui bahan bacaan buku malah melalui tayangan, poster, banting dan lain-lain. Tayangan dan kuiz diadakan pada jam 11.00 pagi. Seramai lebih kurang 150 pelajar terlibat aktiviti ini.

Zairina Hashim
Pen Pustakawan

Unit Sumber Media, Perpustakaan Kanak-Kanak, Perpustakaan Bestari Samsung, Program Galakan Membaca













Wednesday, 19 April 2017

LAWATAN SAMBIL BELAJAR MURID PRA SEKOLAH SK JLN RAJA SYED ALWI

Tahniah dan penghargaan kepada pengurusan dan pelajar Pra Sekolah SK Jln Raja Syed Alwi kerana sudi adakan lawatan sambal belajar Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis bertempat di Perpustakaan Kanak-Kanak, Kangar, Perlis pada 20 April 2017, 8.00 pagi - 11.30pagi. Sebanyak 45 orang pelajar dan 5 orang guru terlibat semasa lawatan tersebut.

Murid-murid mengadakan aktiviti seperti membaca, mewarna, gunting dan tampal, aktiviti I play toy library, lawatan ke Samsung Smart Library (baca e-book, games dan tayangan), lawatan ke sekitar perpustakaan dan aktiviti bercerita di Perpustakaan Kanak-Kanak.


# Kepada pihak sekolah yang ingin adakan lawatan, bolehlah menghantar surat kepada PENGARAH, PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI PERLIS, JALAN PENJARA, 01000 KANGAR, PERLIS. NO. TEL : 04-9764436 NO. FAKS 049764436.













Wednesday, 15 March 2017

Tayangan sempena Cuti Sekolah March 2017

Unit Sumber Media telah adakan aktiviti tayangan di Perpustakaan Bestari Samsung sepanjang cuti sekolah pada bulan March 2017. Ini bertujuan untuk mengisi masa lapang mereka ketika berada di dalam perpustakaan. Bahan-bahan CD boleh didapati di Unit Sumber Media. Keahlian adalah percuma.

Pelbagai CD boleh didapati di sini..sila klik Unit Sumber Media

Berikut adalah tayangan sepanjang musim cuti sekolah:

15.3.2017 - Cerita Pendidikan
15.3.2017 - Dinocroc Vs Supergator
16.3.2017 - Mrs Doubfire
17.3.2017 - Spider-Man 2
18.3.2.17 - Spider Man

Seramai 150 orang terlibat aktiviti tayangan sepanjang cuti sekolah.




Saturday, 10 December 2016

Tayangan & Kuiz : Filem Klasik Bawang Merah Bawang Putih

PROGRAM SYOKNYA KE PERPUSTAKAAN SEMPENA CUTI SEKOLAH

Aktiviti 22 : Tayangan & Kuiz : cerita Bawang Merah Bawang Putih
Tarikh : 10 Dis 2016
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Perpustakaan Bestari Samsung, Perbadanan Perpustakaan Awam Kangar, Perlis
Peserta : 32 orang kanak-kanak dan dewasa


Seramai 32 orang kanak-kanak dan ibu bapa menyertai aktiviti tayangan dan kuiz. Tayangan cerita mengenai Filem Bawang Merah dan Bawang Putih. Di akhir tayangan, para peserta menjawab kuiz berkenaan cerita tersebut. Tujuan diadakan tayaan berkenaan filem lama adalah untuk mendedahkan kepada mereka tentang nostalgia dan perkembangan perfileman di Tanah Melayu pada masa dahulu.


Program Cuti Sekolah 2016: Syoknya ke Perpustakaan! diadakan bertujuan untuk menyemarakan masyarakat terutamanya kanak-kanak dan ibu bapa untuk datang ke perpustakaan dalam mengisi masa lapang cuti sekolah. Perpustakaan bukan sahaja tempat mencari ilmu bahkan dapat melakukan perkara-perkara yang menyerononokkan melalui aktiviti di samping dapat menambahkan ilmu pengetahuan.


Pihak sekolah, jabatan luar bolehlah menjemput pihak perpustakaan untuk adakan aktiviti galakan membaca di sekolah atau adakan lawatan di perpustakaan dalam menggalakkan kanak-kanak minat membaca.


Hubungi
Pn. Zairina Hashim
Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis
Jln Penjara, 01000 Kangar, Perlis
No. Tel: 049764436 (Pejabat)
0174696110 (H/P)










Tayangan & Kuiz

PROGRAM SYOKNYA KE PERPUSTAKAAN SEMPENA CUTI SEKOLAH

Aktiviti 6 : Tayangan & Kuiz
Tarikh : 10 Dis 2016
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Perpustakaan Bestari Samsung, Perbadanan Perpustakaan Awam Kangar, Perlis
Peserta : 40 orang kanak-kanak


Seramai 40 orang kanak-kanak menyertai aktiviti tayangan dan kuiz. Tayangan cerita mengenai Filem P-Ramlee -  Anakku Sazali. Di akhir tayangan, para peserta menjawab kuiz berkenaan cerita tersebut. Tujuan peserta didedahkan filem tayangan tersebut adalah untuk mengajar mereka sekiranya mereka dimanjakan dan bila dibiarkan anak-anak terus-terusan melakukan kesalahan, tanpa hukuman tegas seperti rotan, akhirnya akan membuatkan mereka “naik lemak”.
Orang tua-tua pernah berkata… “Sayangkan anak, rotan, rotankan “
Tak mengapa jika merotan anak untuk mengajar, kerana dengan cara begitu, pengajaran yang diterima lebih berkesan…
Program Cuti Sekolah 2016: Syoknya ke Perpustakaan! diadakan bertujuan untuk menyemarakan masyarakat terutamanya kanak-kanak dan ibu bapa untuk datang ke perpustakaan dalam mengisi masa lapang cuti sekolah. Perpustakaan bukan sahaja tempat mencari ilmu bahkan dapat melakukan perkara-perkara yang menyerononokkan melalui aktiviti di samping dapat menambahkan ilmu pengetahuan.
Pihak sekolah, jabatan luar bolehlah menjemput pihak perpustakaan untuk adakan aktiviti galakan membaca di sekolah atau adakan lawatan di perpustakaan dalam menggalakkan kanak-kanak minat membaca.

Hubungi
Pn. Zairina Hashim
Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis
Jln Penjara, 01000 Kangar, Perlis
No. Tel: 049764436 (Pejabat)

0174696110 (H/P)






Monday, 14 November 2016

LAWATAN ILMIAH SK DATO' KAYAMAN

LAWATAN ILMIAH SK DATO' KAYAMAN


Tarikh : 14 Nov 2016 (Isnin)
Masa : 9.00 Pagi - 12.00 Tgh Hari
Tempat : Perpustakaan Awam Perlis
Peserta : Pelajar tahun 6 seramai 44 orang dan guru

Sekalung penghargaan kepada Sek. Keb. Dato' Kayaman kerana telah mengadakan lawatan ilmiah ke Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis.Pelbagai aktiviti telah disediakan kepada para pelajar antaranya:

1) DAFTAR AHLI PERPUSTAKAAN

Keahlian adalah secara percuma dan para pelajar boleh meminjam buku sebanyak 3 buah selama 3 minggu.


2) LAWATAN KE SETIAP BAHAGIAN/UNIT DALAM PERPUSTAKAAN

Para pelajar dibawa mengadakan lawatan ke setiap unit dan bahagian untuk memberi pendedahan kepada mereka perkhidmatan yang disediakan. Antaranya Unit Koleksi Negeri Perlis, Perpustakaan Kanak-Kanak, Unit Sirkulasi, Unit Sumber Media, Perpustakaan Bestari Samsung dan sebagainya.

3) CERAMAH LITERASI MAKLUMAT

Melalui ceramah ini, para pelajar diberi pendedahan mengenai sumber maklumat dan bahan rujukan yang pelbagai. Pelajar diberi pendedahan mengenai teknik dan kemahiran mengenalpasti maklumat dan sumber rujukan, mencari, menilai, mengurus, menyebar, dan menggunakan maklumat dengan beretika.

4)BENGKEL KOMPUTER : PENCARIAN MAKLUMAT MENGGUNAKAN GOOGLE, PNM DIGITAL DAN BAHAN ELEKTRONIK

Para pelajar juga didedahkan tentang pencarian maklumat dengan menggunakan sumber elektronik


5) TAYANGAN & KUIZ

Tayangan mengenai kisah semangat Merdeka dan bagaimana orang terdahulu mencapai kemerdekaan. Kuiz diadakan selepas habis tayangan untuk mengukur sejauh mana tahap kefahaman mereka. Mereka juga diajar tentang pencarian bahan bukan sahaja melalui buku malah rujukan lain seperti CD.

Diharap dengan pendedahan program ini, dapat menarik minat pelajar untuk menimba ilmu melalui membaca. Selangkah ke perpustakaan, selautan ilmu pengetahuan.

Nota
# kami juga menawarkan perkhidmatan pinjaman buku berkelompok kepada jabatan/sekolah yang berminat.

# Jemputlah perpustakaan untuk adakan pameran dan aktiviti di organisasi @ sekolah anda. Aktiviti galakan membaca seperti taklimat perpustakaan, taklimat galakan membaca, ceramah literasi maklumat, bengkel perpustakaan, celik IT, pameran, mewarna, aktiviti i-play toy, lawatan dan lain-lain aktiviti lagi..

Maklumat lanjut hubungi:
Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis
Jalan Penjara, 01000 Kangar, Perlis
No. tel : 049764436
Faks : 049760906
H/p : 0174696110 (Zairina)











Thursday, 10 November 2016

Tayangan Kemerdekaan & Kuiz Kahoot

Aktiviti tayangan bertajuk SEMANGAT MERDEKA telah dijalankan yang melibatkan penyertaan seramai 25 orang kanak-kanak. Ianya berkisar tentang bagaimana Malaysia mencapai kemerdekaan dan Hari Malaysia.

Para pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan pertandingan kuiz diadakan secara berkumpulan menggunakan aplikasi KAHOOT.

Aktiviti ini dijalankan di Perpustakaan Bestari Samsung pada 10 November 2016, Jumaat jam 3.30 petang di Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis.