Bersukan dan kenali rakan

Perpustakaan bukan hanya tempat untuk membaca tetapi adik-adik boleh terlibat aktiviti menyihatkan seperti bersukan dan kenali rakan.

Aktiviti membaca bersama

Selangkah ke perpustakaan, selautan ilmu pengetahuan. Membaca dan kongsikan bahan bacaan bersama rakan-rakan untuk tambahkan ilmu pengetahuan.

Anak soleh kreatif

Smart learning, smart solat, smart akhlak.

Seni kraf

Pelajari bagaimana menjadikan bahan-bahan terbuang menjadi kraf yang cantik dan unik.

Pertandingan bercerita dan aktiviti bercerita

Membaca menjadikan kita luas pengetauan. Sertai pertandingan bercerita atau saksikan persembahan puppet.

Sunday, 28 January 2018

PROMOSI GALAKAN MEMBACA & PAMERAN @ PESTA BUKU UTC PERLIS

PROMOSI GALAKAN MEMBACA & PAMERAN @ PESTA BUKU UTC PERLIS

Tarikh : 25-28 Januari 2018 (Khamis-Ahad)
Masa : 9.00 pagi – 6.00 petang

Tempat : UTC Perlis, Kangar 
Penyertaan : Anggaran 300 orang

Pesta Buku UTC Perlis meriah dengan pengunjung yang berkunjung untuk membeli buku-buku yang dijaul pada harga lelong. Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis turut terlibat dengan mengadakan Promosi galakan membaca dan pameran. Pelbagai aktiviti dijalankan seperti berikut:

  • Kempen Daftar Ahli percuma
  • Pameran buku dan sudut bacaan
  • Pameran Perpustakaan dan perkhidmatan perpustakaan
  • Koleksi Permainan dan I-Play Toy Library
  • Tayangan filem dan cerita pendidikan
  • aktiviti-aktiviti seperti origami, permainan dam gergasi, dam aji, soccer dan sebagainya.

# kami juga menawarkan perkhidmatan pinjaman buku berkelompok kepada jabatan/sekolah yang berminat. Sebanyak 100 buah buku ditawarkan kepada sekolah dan jabatan yang berminat. Pinjaman buku berkelompok bolehlah dijalankan di mana-mana rangkaian perpustakaan di negeri Perlis samada perpustakaan desa, perpustakaan pekan, perpustakaan cawangan dan perpustakaan pusat. Tempoh masa adalah sebulan.

# Jemputlah perpustakaan untuk adakan pameran dan aktiviti di organisasi @ sekolah anda. Aktiviti galakan membaca seperti taklimat perpustakaan, taklimat galakan membaca, ceramah literasi maklumat, bengkel perpustakaan, celik IT, pameran, mewarna, aktiviti i-play toy, lawatan dan lain-lain aktiviti lagi..

Maklumat lanjut hubungi:



Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis
Jalan Penjara, 01000 Kangar, Perlis
No. tel : 049764436
Faks : 049760906
H/p : 0174696110 (Zairina)




































Monday, 22 January 2018

Promosi Galakan Membaca @ Sek Ren Islam I, Abi, Kangar, Perlis

Promosi Galakan Membaca @ Sek Ren Islam I, Abi, Kangar, Perlis
Tarikh: 22 Januari, Isnin
Masa: 7.40 pagi-9.00 pagi
Tempat : Dewan Terbuka, Sek. Ren. Islam I, Abi, Kangar, Perlis
Penyertaan: 650 orang pelajar dan guru

Aktiviti yang dijalankan.

-Ucapan galakan membaca dari En. Mohd Tarmizi Wahab, Ketua Bahagian Pengurusan dan Rangkaian Perpustakaan Awam Perlis Perbadanan
Perpustakaan Awam Negeri Perlis

- Penyampaian hadiah cabutan bertuah berupa basikal kepada Iman Farhana, 11 tahun, pemenang cabutan bertuah kategori ahli perpustakaan sempena Program Syoknya ke Perpustakaan 2017.

- Sebarang pertanyaan untuk adakan sebarang aktiviti galakan membaca di sekolah atau pameran sila hubungi:

Zairina Hashim
Unit Sumber Media, Perpustakaan Kanak-Kanak, Perpustakaan Bestari Samsung
Promosi Galakan Membaca
Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis
049764436
0174696110










Bengkel Get to know to your library untuk pengawas perpustakaan

Program : Bengkel Get to know your library
Tarikh : 23 Januari 2018
Masa: 8.30 pagi - 1.00 tgh hari
Tempat : Perpustakaan Kanak-Kanak, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis

Adakah anda tahu bahawa pencarian maklumat bukan sahaja melalui buku malah e-book, pangkalan data atas talian, u pustaka, bahan elektronik, cd rom, internet, youtube dan sebagainya..??

Melalui Taklimat get to know your library anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis dengan kerjasama Sek. Keb. Jejawi.. Para peserta dapat mengetahui lebih lanjut tentang perpustakaan dan pencarian maklumat. Seramai 30 pelajar dan 3 orang guru terlibat.

Penceramah adalah dari pegawai perpustakaan iaitu Pn. Haizatul Afni Bakhtiar dan Pn. Zairina Hashim.

Berminat?.  Maklumat mengenai bengkel kepada peserta bolehlah hubungi:

Pn. Haizatul Afni Bakhtiar
Unit Koleksi Negeri Perlis
Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis
049764436