Bersukan dan kenali rakan

Perpustakaan bukan hanya tempat untuk membaca tetapi adik-adik boleh terlibat aktiviti menyihatkan seperti bersukan dan kenali rakan.

Aktiviti membaca bersama

Selangkah ke perpustakaan, selautan ilmu pengetahuan. Membaca dan kongsikan bahan bacaan bersama rakan-rakan untuk tambahkan ilmu pengetahuan.

Anak soleh kreatif

Smart learning, smart solat, smart akhlak.

Seni kraf

Pelajari bagaimana menjadikan bahan-bahan terbuang menjadi kraf yang cantik dan unik.

Pertandingan bercerita dan aktiviti bercerita

Membaca menjadikan kita luas pengetauan. Sertai pertandingan bercerita atau saksikan persembahan puppet.


Tuesday 2 October 2018

Permainan interaktif VR

Bayaran sebanyak RM 3.00 selama 10 minit masa penggunaan di Perpustakaan Kanak-Kanak, Perpustakaan Awam Kangar, Perlis.

Pakat-pakat maiiii...



Tuesday 20 February 2018

HUBUNGI


Perpustakaan Kanak-Kanak
Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis
Jalan Penjara
01000 Kangar,
Perlis

No. tel : 
04-9764436

No. Faks :
04-9760906

Email:
zairinapnmperlis@gmail.com

Friday 9 February 2018

PROMOSI GALAKAN MEMBACA DAN PAMERAN SEMPENA MAJLIS PELANCARAN PROGRAM NILAM PERINGKAT SEKOLAH DI SEK. AGAMA AL-ISLAHIYAH RENDAH, BOHOR MALI, SIMPANG EMPAT, PERLIS.


Tarikh : 9 Februari 2018 (Jumaat)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Sek. Agama Al-Islahiyah Rendah, Bohor Mali, Simpang Empat, Perlis.

II) AGENDA :
8.00 pagi - Perhimpunan pagi
- Persiapan tempat
- Ucapan dari Guru Besar
- Ucapan dn perasmian Program Nilam dari En. Azizi Janan, Pengarah Perbadanan
Perpustakaan Awam Negeri Perlis
- Aktiviti, pameran dan promosi galakan membaca berlangsung.
12.00 tgh hari - Bersurai

III) AKTIVITI-AKTIVITI:
1. Ucapan dan Perasmian Nilam
2. Kempen daftar ahli perpustakaan
3. Pameran buku dan sudut bacaan
4. Pameran I-Play Toy Library / puzzles
5. Pameran e-Pustaka
6. Origami
7. Membaca jawi, membaca teks rumi
8. Eja perkataan
9. permainan dam ular, dam aji
10. Taklimat perpustakaan

# Penghargaan kepada sekolah ini kerana menjemput perpustakaan untuk mengadakan aktiviti galakan membaca bersama pelajar.

# Kami turut menyediakan pinjaman buku berkelompok sebanyak 100 buah kepada organisasi yang berminat untuk mempromosikan galakan membaca masyarakat di negeri Perlis.

#Berminat untuk mengadakan aktiviti galakan membaca di tempat anda bolehlah hubungi Pn. Zairina Hashim, 04-9764436 - Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis.































Thursday 8 February 2018

PROMOSI GALAKAN MEMBACA & PAMERAN SEMPENA MAJLIS PELANCARAN KEMPEN KESELAMATAN JALAN RAYA PERINGKAT NEGERI PERLIS SEMPENA TAHUN BARU CINA 2018


Tarikh : 8 Februari 2018 (Khamis)

Masa : 8.00 pagi - 12.00 tgh hari
Tempat : Sek. Keb. Padang Besar (U)
Peserta: 250 org

Alhamdulillah, Penghargaan kepada JKJR dan pihak Sek. Keb. Padang Besar (U) kerana telah menjemput Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis bagi mengadakan aktiviti promosi galakan membaca sempena Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya Peringkat Negeri Perlis. Seramai lebih kurang 250 peserta terlibat dalam program ini.

# Sekalung penghargaan kepada pihak penganjur yang telah menjemput pihak perpustakaan untuk mengadakan promosi galakan membaca kepada masyarakat setempat. Sambutan yang diterima amatlah menggalakkan terutamanya dari para pelajar.

# Kami turut menyediakan pinjaman buku berkelompok sebanyak 100 buah kepada organisasi yang berminat untuk mempromosikan galakan membaca masyarakat di negeri Perlis.

#Berminat untuk mengadakan aktiviti galakan membaca di tempat anda bolehlah hubungi Pn. Zairina Hashim, 04-9764436 - Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis.


















Sunday 28 January 2018

PROMOSI GALAKAN MEMBACA & PAMERAN @ PESTA BUKU UTC PERLIS

PROMOSI GALAKAN MEMBACA & PAMERAN @ PESTA BUKU UTC PERLIS

Tarikh : 25-28 Januari 2018 (Khamis-Ahad)
Masa : 9.00 pagi – 6.00 petang

Tempat : UTC Perlis, Kangar 
Penyertaan : Anggaran 300 orang

Pesta Buku UTC Perlis meriah dengan pengunjung yang berkunjung untuk membeli buku-buku yang dijaul pada harga lelong. Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis turut terlibat dengan mengadakan Promosi galakan membaca dan pameran. Pelbagai aktiviti dijalankan seperti berikut:

  • Kempen Daftar Ahli percuma
  • Pameran buku dan sudut bacaan
  • Pameran Perpustakaan dan perkhidmatan perpustakaan
  • Koleksi Permainan dan I-Play Toy Library
  • Tayangan filem dan cerita pendidikan
  • aktiviti-aktiviti seperti origami, permainan dam gergasi, dam aji, soccer dan sebagainya.

# kami juga menawarkan perkhidmatan pinjaman buku berkelompok kepada jabatan/sekolah yang berminat. Sebanyak 100 buah buku ditawarkan kepada sekolah dan jabatan yang berminat. Pinjaman buku berkelompok bolehlah dijalankan di mana-mana rangkaian perpustakaan di negeri Perlis samada perpustakaan desa, perpustakaan pekan, perpustakaan cawangan dan perpustakaan pusat. Tempoh masa adalah sebulan.

# Jemputlah perpustakaan untuk adakan pameran dan aktiviti di organisasi @ sekolah anda. Aktiviti galakan membaca seperti taklimat perpustakaan, taklimat galakan membaca, ceramah literasi maklumat, bengkel perpustakaan, celik IT, pameran, mewarna, aktiviti i-play toy, lawatan dan lain-lain aktiviti lagi..

Maklumat lanjut hubungi:



Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis
Jalan Penjara, 01000 Kangar, Perlis
No. tel : 049764436
Faks : 049760906
H/p : 0174696110 (Zairina)