Friday 16 December 2016

Explorace : Pencarian maklumat

PROGRAM SYOKNYA KE PERPUSTAKAAN SEMPENA CUTI SEKOLAH

Aktiviti 11 : Explorace : Pencarian maklumat
Tarikh : 16 Dis 2016
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Perpustakaan Kanak-Kanak, Perbadanan Perpustakaan Awam Kangar, Perlis
Peserta : 45 orang kanak-kanak
  
Aktiviti “Explorace : Pencarian maklumat adalah aktiviti dimana peserta diuji untuk mencari maklumat di checkpoint-checkpoint yang disediakan. Ia juga menguji  kemahiran peserta bagi menyelesaikan permasalahan yang diberi. Peserta dibahagikan mengikut tahap 1 dan tahap 2 dan setiap tahap tersebut mempunyai kumpulan yang mempunyai 4 peserta.
Peserta tahap 1(7-9 tahun) dikehedaki untuk mencari keratan huruf  yang tersebunyi di checkpoint-checkpoint. Setelah huruf tersebut dijumpa, mereka dikehendaki untuk membina perkataan dari huruf-huruf tersebut.

Peserta tahap 2 (10-12 tahun) dikehendaki untuk mencari maklumat di dalam perpustakaan. Maklumat tersebut adalah dari buku, keratan akhbar, keratan majalah, cd, banting, bahan pameran dan sebagainya. Para peserta turut tidak dibenarkan untuk melanggar peraturan di dalam perpustakaan seperti bising sehingga menganggu ketenteraman orang lain, berlari dan sebagainya.
Melalui aktiviti ini, peserta didedahkan tentang kerjasama dalam kumpulan, kerjasama untuk berkongsi pendapat dan idea dan pencarian maklumat dengan menggunakan pelbagai bahan serta patuh pada undang-undang perpustakaan.

Program Cuti Sekolah 2016: Syoknya ke Perpustakaan! diadakan bertujuan untuk menyemarakan masyarakat terutamanya kanak-kanak dan ibu bapa untuk datang ke perpustakaan dalam mengisi masa lapang cuti sekolah. Perpustakaan bukan sahaja tempat mencari ilmu bahkan dapat melakukan perkara-perkara yang menyerononokkan melalui aktiviti di samping dapat menambahkan ilmu pengetahuan.
Pihak sekolah, jabatan luar bolehlah menjemput pihak perpustakaan untuk adakan aktiviti galakan membaca di sekolah atau adakan lawatan di perpustakaan dalam menggalakkan kanak-kanak, belia dan dewasa minat membaca.

Hubungi
Pn. Zairina Hashim
Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis
Jln Penjara, 01000 Kangar, Perlis
No. Tel: 049764436 (Pejabat)

0174696110 (H/P)























0 comments:

Post a Comment