PROGRAM
SYOKNYA KE PERPUSTAKAAN SEMPENA CUTI SEKOLAH
Aktiviti 17 : Bengkel Pengacaraan Cilik
Tarikh : 22 Dis 2016
Masa : 10.00 pagi – 5.00 ptg
Tempat : Auditorium, Perbadanan Perpustakaan Awam Kangar,
Perlis
Peserta : 38 orang
Melalui
bengkel ini, para peserta didedahkan mengenai cara-cara
dan kemahiran untuk mengacarakan majlis, menambahkan pengetahuan dan kemahiran
asas dalam bidang pengacaraan majlis, membantu membina keyakinan diri dalam
melaksanakan tugas sebagai Pengacara Majlis, mengetahui cara-cara menyediakan skrip ucapan yang
betul.
Para
peserta bengkel boleh mengaplikasikan kemahiran ini di sekolah sekiranya
terlibat acara-acara sukan, penyampaian hadiah, hari kokurikulum dan
sebagainya.
Program Cuti
Sekolah 2016: Syoknya ke Perpustakaan! diadakan bertujuan untuk menyemarakan
masyarakat terutamanya kanak-kanak dan ibu bapa untuk datang ke perpustakaan
dalam mengisi masa lapang cuti sekolah. Perpustakaan bukan sahaja tempat
mencari ilmu bahkan dapat melakukan perkara-perkara yang menyerononokkan
melalui aktiviti di samping dapat menambahkan ilmu pengetahuan.
Pihak sekolah,
jabatan luar bolehlah menjemput pihak perpustakaan untuk adakan aktiviti
galakan membaca di sekolah atau adakan lawatan di perpustakaan dalam
menggalakkan kanak-kanak, belia dan dewasa minat membaca.
Hubungi
Pn.
Zairina Hashim
Perbadanan
Perpustakaan Awam Negeri Perlis
Jln
Penjara, 01000 Kangar, Perlis
No. Tel:
049764436 (Pejabat)
0174696110
(H/P)
0 comments:
Post a Comment