Bersukan dan kenali rakan

Perpustakaan bukan hanya tempat untuk membaca tetapi adik-adik boleh terlibat aktiviti menyihatkan seperti bersukan dan kenali rakan.

Aktiviti membaca bersama

Selangkah ke perpustakaan, selautan ilmu pengetahuan. Membaca dan kongsikan bahan bacaan bersama rakan-rakan untuk tambahkan ilmu pengetahuan.

Anak soleh kreatif

Smart learning, smart solat, smart akhlak.

Seni kraf

Pelajari bagaimana menjadikan bahan-bahan terbuang menjadi kraf yang cantik dan unik.

Pertandingan bercerita dan aktiviti bercerita

Membaca menjadikan kita luas pengetauan. Sertai pertandingan bercerita atau saksikan persembahan puppet.


Tuesday 3 October 2017

Promosi Kenaf dan Program Mobile Community Transformation Centre (Mobile CTC)

Sekalung penghargaan kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis  kerana telah menjemput Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis  bagi mengadakan pameran dan promosi galakan membaca sempena program  Promosi Kenaf dan Program Mobile Community Transformation Centre (Mobile CTC)  pada 29 September - 1 November 2017 (Jumaat-Ahad) bertempat di Perkampungan Asnaf Batu Bertangkup, Chuping Perlis. 

Penyertaan pelajar, ibu bapa dan guru dijangka seramai 1000 orang. Perpustakaan menyediakan pelbagai pengisian aktiviti seperti kempen daftar ahli perpustakaan percuma, pameran buku dan sudut bacaan, dan permainan I Play Toy Library, kuiz,  dam ular gergasi dan sebagainya. 


Perpustakaan Desa berdekatan adalah Perpustakaan Desa Batu Bertangkup, Perpustakaan Desa Kaki Bukit, Perpustakaan Desa Paya Kelubi dan Perpustakaan Desa Panggas. 


Pendaftaran ahli perpustakaan adalah percuma. Kelebihan menjadi ahli adalah dapat meminjam buku sebanyak 6 buah selama 3 minggu dan dapat menjalankan aktiviti galakan membaca. 

Diharap dengan penyertaan perpustakaan melalui program ini, dapat menarik minat masyarakat untuk menimba ilmu melalui membaca. Selangkah ke perpustakaan, selautan ilmu pengetahuan.

# kami juga menawarkan perkhidmatan pinjaman buku berkelompok kepada jabatan/sekolah yang berminat. Sebanyak 100 buah buku ditawarkan kepada sekolah dan jabatan yang berminat. Pinjaman buku berkelompok bolehlah dijalankan di mana-mana rangkaian perpustakaan di negeri Perlis samada perpustakaan desa, perpustakaan pekan, perpustakaan cawangan dan perpustakaan pusat. Tempoh masa adalah sebulan.

# Jemputlah perpustakaan untuk adakan pameran dan aktiviti di organisasi @ sekolah anda. Aktiviti galakan membaca seperti taklimat perpustakaan, taklimat galakan membaca, ceramah literasi maklumat, bengkel perpustakaan, celik IT, pameran, mewarna, aktiviti i-play toy, lawatan dan lain-lain aktiviti lagi..

Maklumat lanjut hubungi:


Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis
Jalan Penjara, 01000 Kangar, Perlis
No. tel : 049764436
Faks : 049760906
H/p : 0174696110 (Zairina)