PROGRAM
SYOKNYA KE PERPUSTAKAAN SEMPENA CUTI SEKOLAH
Tarikh : 7 Dis 2016
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Perpustakaan Kanak-Kanak-Kangar, Perlis
80 orang kanak-kanak
Staf perpustakaan membuat demo masakan
cara-cara untuk membuat sandwich telur dan sandwich sardine. Menu yang ringkas
ini boleh dibuat sendiri oleh kanak-kanak di rumah. Para peserta turut
dikehendaki untuk menghasilkan sandwich secara berkumpulan.
Tujuan aktiviti ini diadakan untuk memberi
pendedahan kepada pelajar tentang bagaimana membuat sandwich yang ringkas dan
sedap. Selain itu, ia juga akan mengajar peserta supaya berani dalam membuat
setiap perkara yang mendatangkan hasil yang positif.
Program Cuti
Sekolah 2016: Syoknya ke Perpustakaan! diadakan bertujuan untuk menyemarakan
masyarakat terutamanya kanak-kanak dan ibu bapa untuk datang ke perpustakaan
dalam mengisi masa lapang cuti sekolah. Perpustakaan bukan sahaja tempat
mencari ilmu bahkan dapat melakukan perkara-perkara yang menyerononokkan
melalui aktiviti di samping dapat menambahkan ilmu pengetahuan.
Pihak sekolah,
jabatan luar bolehlah menjemput pihak perpustakaan untuk adakan aktiviti
galakan membaca di sekolah atau adakan lawatan di perpustakaan dalam
menggalakkan kanak-kanak minat membaca.
Hubungi
Pn.
Zairina Hashim
Perbadanan
Perpustakaan Awam Negeri Perlis
Jln
Penjara, 01000 Kangar, Perlis
No. Tel:
049764436 (Pejabat)
0174696110
(H/P)
0 comments:
Post a Comment