Wednesday 21 December 2016

Cef Cilik : Hias Cup Cake

PROGRAM SYOKNYA KE PERPUSTAKAAN SEMPENA CUTI SEKOLAH

Aktiviti 23 : Cef Cilik : Hias Cup Cake
Tarikh : 21 Dis 2016
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Perpustakaan Kanak-Kanak, Perbadanan Perpustakaan Awam Kangar, Perlis
Peserta : 70 orang kanak-kanak


Para peserta ditunjuk ajar tentang cara-cara menghias cup cake yang sedap dan lazat. Cara penyediaannya adalah ringkas dan murah dan para pelajar boleh melakukannya sendiri di rumah. Cup Cake berhias ini sesuai untuk penyediaan sendiri di rumah, untuk jualan dan kenduri kahwin.


Program Cuti Sekolah 2016: Syoknya ke Perpustakaan! diadakan bertujuan untuk menyemarakan masyarakat terutamanya kanak-kanak dan ibu bapa untuk datang ke perpustakaan dalam mengisi masa lapang cuti sekolah. Perpustakaan bukan sahaja tempat mencari ilmu bahkan dapat melakukan perkara-perkara yang menyerononokkan melalui aktiviti di samping dapat menambahkan ilmu pengetahuan.


Pihak sekolah, jabatan luar bolehlah menjemput pihak perpustakaan untuk adakan aktiviti galakan membaca di sekolah atau adakan lawatan di perpustakaan dalam menggalakkan kanak-kanak, belia dan dewasa minat membaca.


Hubungi
Pn. Zairina Hashim
Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis
Jln Penjara, 01000 Kangar, Perlis
No. Tel: 049764436 (Pejabat)

0174696110 (H/P)














0 comments:

Post a Comment