Bersukan dan kenali rakan

Perpustakaan bukan hanya tempat untuk membaca tetapi adik-adik boleh terlibat aktiviti menyihatkan seperti bersukan dan kenali rakan.

Aktiviti membaca bersama

Selangkah ke perpustakaan, selautan ilmu pengetahuan. Membaca dan kongsikan bahan bacaan bersama rakan-rakan untuk tambahkan ilmu pengetahuan.

Anak soleh kreatif

Smart learning, smart solat, smart akhlak.

Seni kraf

Pelajari bagaimana menjadikan bahan-bahan terbuang menjadi kraf yang cantik dan unik.

Pertandingan bercerita dan aktiviti bercerita

Membaca menjadikan kita luas pengetauan. Sertai pertandingan bercerita atau saksikan persembahan puppet.


Friday 29 December 2017

Membaca, menulis dan mengeja jawi

29 Dis 2017, Jumaat. Seramai 70 peserta yang terdiri daripada kanak-kanak berumur 4-12 tahun terlibat dalam aktiviti Bijak Jawi: membaca, mengeja dan menulis jawi.

Tenaga pengajar adalah En. Husni Zaim Esaeh, Pegawai Perpustakaan bahagian it dan epustaka Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis. Perpustakaan Awam Perlis

Para peserta dibahagi mengikut 11 kumpulan.

Kuiz pertama peserta dikehendaki mengeja dgn menggunakan alat bantuan set aktiviti huruf jawi.

Kuiz kedua peserta dikehendaki menulis perkataan jawi di atas papan hitam.

kuiz ketiga peserta dikehendaki mengeja secara spontan di hadapan juri (spell it right).

Di akhir program, diadakan cabutan bertuah mingguan utk ahli perpustakaan, pinjaman buku dan ahli menjalankan aktiviti.

Peserta juga diberikan kata-kata semangat untuk belajar bersungguh-sungguh dan mencontohi orang terdahulu yang berjaya.

Zairina Hashim
Unit Sumber Media, Perpustakaan Kanak-Kanak, Perpustakaan Bestari Samsung dan Promosi Galakan Membaca
Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis



























Thursday 28 December 2017

Master Chef : Learn to Cook!

28 Dis 2017,Khamis. Seramai 90 peserta yang terdiri daripada kanak-kanak berumur 4-12 tahun terlibat dalam aktiviti master chef : learn to cook cheesekut.

Tenaga pengajar adalah Pn. Asmah Ali, Penolong Pustakawan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis. Perpustakaan Awam Perlis

Para peserta diberi penerangan tentang cara masakan dan seterusnya melakukannya di dalam kumpulan.

Bahan-bahan CHEESEKUT
1. 1 peket biskut deluxe cracker sayuran
2. 1 cawan susu cair @ susu kotak
3. 1/2 cawan susu pekat @ secukup rasa
4. 1 tiub 250g tatura cream cheese
5. 1/4 cawan whipping cream dairy
6. sedikit esen vanilla

Cara-caranya
1. masukkan bahan cecair susu kotak, whipping cream dan esen vanilla
2. Masukkan cream cheese dan blends.
3. susun biskut berlapis-lapis di dalam bekas dan tuangkan bahan blend tersebut. ulang sampai beberapa lapisan yang dikehendaki.
4. simpan di dalam peti sejuk. sejukkan semalaman dan bila sudah keras, hiasi dengan milo atau horlick di atas lapisan cheesekut itu td.

Selamat mencuba!

Zairina Hashim
Unit Sumber Media, Perpustakaan Kanak-Kanak, Perpustakaan Bestari Samsung dan Promosi Galakan Membaca
Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis













Wednesday 27 December 2017

Pertandingan Bercerita sempena Syoknya ke Perpustakaan 2017

27 Dis 2017,Rabu. Seramai 14 kanak-kanak terlibat dalam pertandingan bercerita sempena Program Syoknya ke Perpustakaan di Perpustakaan Awam Perlis. Seramai lebih kurang 60 orang terdiri daripada kanak-kanak dan ibu bapa menyaksikan pertandingan ini.

Syarat pertandingan ini adalah perlu berbahasa melayu, individu, masa 4 minit ke atas dan lain-lain adalah mengikut kreativiti masing-masing.

Aktiviti seperti ini mengajar mereka tentang keyakinan diri kerana ada sebahagian baru pertama kali memasuki pertandingan bercerita. Pertandingan ini juga mencungkil bakat pengacaraan dan pembaca doa kanak-kanak kerana yang mengendalikan acara adalah kanak-kanak yang dididik melalui program Syoknya ke Perpustakaan iaitu berani, berkeyakinan diri dan sanggup mrnghadapi cabaran.
Semoga tahun hadapan dapat diteruskan lagi.

Zairina Hashim
Unit Sumber Media, Perpustakaan Kanak-Kanak, 
Perpustakaan Bestari Samsung dan Promosi Galakan Membaca

Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis





















Tuesday 26 December 2017

Me & Outdoor games

26 Dis 2017,Selasa. Seramai 70 peserta yang terdiri daripada kanak-kanak berumur 4-12 tahun terlibat dalam aktiviti me and outdoor games sempena Program Syoknya Ke Perpustakaan Perpustakaan Awam Perlis.

Sebanyak 8 permainan disediakan untuk peserta seperti lari dalam guni, bw bola dgn sudu, lari ikat kaki, lambung kasih, dart, lambung bola, lambung gelung getah, bawa guni kacang dan boom kumpulan.

Aktiviti seperti ini mengajar mereka tentang kerjasama di dalam kumpulan, mengenali rakan baru di dalam kumpulan dan sebagainya.

Zairina Hashim
Unit Sumber Media, Perpustakaan Kanak-Kanak, Perpustakaan Bestari Samsung dan Promosi Galakan Membaca

Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis