PROGRAM
SYOKNYA KE PERPUSTAKAAN SEMPENA CUTI SEKOLAH
Aktiviti 8 : Cef Cilik : Moist cake chocolate
Tarikh : 14 Dis 2016
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Perpustakaan Kanak-Kanak, Perbadanan
Perpustakaan Awam Kangar, Perlis
Peserta : 84 orang kanak-kanak
Para peserta ditunjuk ajar tentang cara-cara
membuat Moist Cake Chocolate yang sedap dan lazat. Cara penyediaannya adalah
ringkas dan murah dan para pelajar boleh melakukannya sendiri di rumah. Moist
Cake chocolate ini sesuai untuk penyediaan sendiri di rumah, untuk jualan dan
kenduri kahwin.
Program Cuti
Sekolah 2016: Syoknya ke Perpustakaan! diadakan bertujuan untuk menyemarakan
masyarakat terutamanya kanak-kanak dan ibu bapa untuk datang ke perpustakaan
dalam mengisi masa lapang cuti sekolah. Perpustakaan bukan sahaja tempat
mencari ilmu bahkan dapat melakukan perkara-perkara yang menyerononokkan
melalui aktiviti di samping dapat menambahkan ilmu pengetahuan.
Pihak sekolah,
jabatan luar bolehlah menjemput pihak perpustakaan untuk adakan aktiviti
galakan membaca di sekolah atau adakan lawatan di perpustakaan dalam
menggalakkan kanak-kanak, belia dan dewasa minat membaca.
Hubungi
Pn. Zairina
Hashim
Perbadanan
Perpustakaan Awam Negeri Perlis
Jln
Penjara, 01000 Kangar, Perlis
No. Tel:
049764436 (Pejabat)
0174696110 (H/P)
0 comments:
Post a Comment