Bersukan dan kenali rakan

Perpustakaan bukan hanya tempat untuk membaca tetapi adik-adik boleh terlibat aktiviti menyihatkan seperti bersukan dan kenali rakan.

Aktiviti membaca bersama

Selangkah ke perpustakaan, selautan ilmu pengetahuan. Membaca dan kongsikan bahan bacaan bersama rakan-rakan untuk tambahkan ilmu pengetahuan.

Anak soleh kreatif

Smart learning, smart solat, smart akhlak.

Seni kraf

Pelajari bagaimana menjadikan bahan-bahan terbuang menjadi kraf yang cantik dan unik.

Pertandingan bercerita dan aktiviti bercerita

Membaca menjadikan kita luas pengetauan. Sertai pertandingan bercerita atau saksikan persembahan puppet.


Thursday 19 May 2016

Program Ceria Bersama Perpustakaan Bestari Samsung

Program Ceria Bersama Perpustakaan Bestari Samsung
Tarikh : 19 Mei 2016
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Perpustakaan Bestari Samsung
Peserta : Kanak-kanak Tabika


Pengisian Aktiviti:

Kanak-kanak tabika diberi pendedahan tentang cara-cara untuk menggunakan alat peranti Samsung bagi tujuan membaca dan bermain. Truut diadakan aktiviti bercerita menggunakan aplikasi samsung dan mewarna. 









Friday 13 May 2016

Promosi Daftar Ahli & Program Galakan Membaca @ SK Utan Aji

Skuad Promosi Perpustakaan telah menjalankan Promosi Daftar Ahli Perpustakaan & Program Galakan Membaca @ SK Utan Aji pada 13 Mei 2016. Sekalung penghargaan kepada Sekolah Kebangsaan Utan Aji kerana sudi menjemput perpustakaan untuk adakan aktiviti galakan membaca ini.

Pelbagai aktiviiti dijalankan sempena program ini antaranya:
  1. Taklimat perpustakaan & ceramah Bangsa Membaca Bangsa Berjaya
  2. Kempen Daftar Ahli Perpustakaan
  3. Tayangan & Kuiz
  4. Pameran buku & sudut bacaan
  5. Pameran rangkaian perpustakaan
  6. Pameran I-Play Toy dan aktivitit
  7. Bercerita bersama Maktam
  8. Aktiviti : Puzzles & Origami
  9. Aktiviti : Dam Ular
  10. Aktiviti : Baca Jawi
  11. Aktiviti : Putar-putar ilmu
  12. Pameran Bas bergerak & ICT