Wednesday, 27 December 2017

Pertandingan Bercerita sempena Syoknya ke Perpustakaan 2017

27 Dis 2017,Rabu. Seramai 14 kanak-kanak terlibat dalam pertandingan bercerita sempena Program Syoknya ke Perpustakaan di Perpustakaan Awam Perlis. Seramai lebih kurang 60 orang terdiri daripada kanak-kanak dan ibu bapa menyaksikan pertandingan ini.

Syarat pertandingan ini adalah perlu berbahasa melayu, individu, masa 4 minit ke atas dan lain-lain adalah mengikut kreativiti masing-masing.

Aktiviti seperti ini mengajar mereka tentang keyakinan diri kerana ada sebahagian baru pertama kali memasuki pertandingan bercerita. Pertandingan ini juga mencungkil bakat pengacaraan dan pembaca doa kanak-kanak kerana yang mengendalikan acara adalah kanak-kanak yang dididik melalui program Syoknya ke Perpustakaan iaitu berani, berkeyakinan diri dan sanggup mrnghadapi cabaran.
Semoga tahun hadapan dapat diteruskan lagi.

Zairina Hashim
Unit Sumber Media, Perpustakaan Kanak-Kanak, 
Perpustakaan Bestari Samsung dan Promosi Galakan Membaca

Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis





















0 comments:

Post a Comment