Friday, 29 December 2017

Membaca, menulis dan mengeja jawi

29 Dis 2017, Jumaat. Seramai 70 peserta yang terdiri daripada kanak-kanak berumur 4-12 tahun terlibat dalam aktiviti Bijak Jawi: membaca, mengeja dan menulis jawi.

Tenaga pengajar adalah En. Husni Zaim Esaeh, Pegawai Perpustakaan bahagian it dan epustaka Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis. Perpustakaan Awam Perlis

Para peserta dibahagi mengikut 11 kumpulan.

Kuiz pertama peserta dikehendaki mengeja dgn menggunakan alat bantuan set aktiviti huruf jawi.

Kuiz kedua peserta dikehendaki menulis perkataan jawi di atas papan hitam.

kuiz ketiga peserta dikehendaki mengeja secara spontan di hadapan juri (spell it right).

Di akhir program, diadakan cabutan bertuah mingguan utk ahli perpustakaan, pinjaman buku dan ahli menjalankan aktiviti.

Peserta juga diberikan kata-kata semangat untuk belajar bersungguh-sungguh dan mencontohi orang terdahulu yang berjaya.

Zairina Hashim
Unit Sumber Media, Perpustakaan Kanak-Kanak, Perpustakaan Bestari Samsung dan Promosi Galakan Membaca
Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis



























1 comment: