Tuesday 12 December 2017

Saya dan Kerjaya -Doktor Pergigian

12 Dis 2017. Aktiviti Saya dan Kerjaya -Doktor Pergigian sempena Program Syoknya ke Perpustakaan 2017 berjalan dengan lancar dan menarik hampir lebih dari 150 penyertaan kanak-kanak. Aktiviti ini diadakan di Perpustakaan Kanak-Kanak, Perpustakaan Awam Perlis.

Melalui aktiviti ini, kanak-kanak bukan sahaja didedahkan mengenai kerjaya sebagai doktor pergigian malah diberi tunjuk ajar tentang cara penjagaan gigi dengan betul.

Pelbagai aktiviti menarik diadakan seperti ceramah, demo membersih gigi dengan betul, teknik tampalan dan pembersihan gigi, puppet show, kuiz, pameran, tayangan, nyanyian dan sebagainya.

Sekalung penghargaan kepada Bahagian Kesihatan Pergigian Negeri Perlis atas kerjasama yang diberikan.

Zairina Hashim
Pen. Pustakawan
Unit Sumber Media, Perpustakaan kanak-Kanak,
Perpustakaan Bestari Samsung, Program Galakan Membaca




















0 comments:

Post a Comment