Bersukan dan kenali rakan

Perpustakaan bukan hanya tempat untuk membaca tetapi adik-adik boleh terlibat aktiviti menyihatkan seperti bersukan dan kenali rakan.

Aktiviti membaca bersama

Selangkah ke perpustakaan, selautan ilmu pengetahuan. Membaca dan kongsikan bahan bacaan bersama rakan-rakan untuk tambahkan ilmu pengetahuan.

Anak soleh kreatif

Smart learning, smart solat, smart akhlak.

Seni kraf

Pelajari bagaimana menjadikan bahan-bahan terbuang menjadi kraf yang cantik dan unik.

Pertandingan bercerita dan aktiviti bercerita

Membaca menjadikan kita luas pengetauan. Sertai pertandingan bercerita atau saksikan persembahan puppet.


Wednesday, 13 December 2017

Saya dan Kerjaya -Penguatkuasa AADK

13 Dis 2017. Berlangsung dengan jayanya aktiviti Saya dan Kerjaya -Penguatkuasa AADK sempena Program Syoknya Ke Perpustakaan. Aktiviti ini diadakan di Perpustakaan Kanak-Kanak, Perpustakaan Awam Perlis. Seramai lebih kurang 150 kanak-kanak terlibat aktiviti ini.

Kanak-kanak diberi penerangan tentang peranan Penguatkuasa AADK, bahaya tentang dadah dan diakhir program diadakan aktiviti berkumpulan. Para peserta dikehendaki untuk melukis poster saya benci dadah.





















Tuesday, 12 December 2017

Saya dan Kerjaya -Doktor Pergigian

12 Dis 2017. Aktiviti Saya dan Kerjaya -Doktor Pergigian sempena Program Syoknya ke Perpustakaan 2017 berjalan dengan lancar dan menarik hampir lebih dari 150 penyertaan kanak-kanak. Aktiviti ini diadakan di Perpustakaan Kanak-Kanak, Perpustakaan Awam Perlis.

Melalui aktiviti ini, kanak-kanak bukan sahaja didedahkan mengenai kerjaya sebagai doktor pergigian malah diberi tunjuk ajar tentang cara penjagaan gigi dengan betul.

Pelbagai aktiviti menarik diadakan seperti ceramah, demo membersih gigi dengan betul, teknik tampalan dan pembersihan gigi, puppet show, kuiz, pameran, tayangan, nyanyian dan sebagainya.

Sekalung penghargaan kepada Bahagian Kesihatan Pergigian Negeri Perlis atas kerjasama yang diberikan.

Zairina Hashim
Pen. Pustakawan
Unit Sumber Media, Perpustakaan kanak-Kanak,
Perpustakaan Bestari Samsung, Program Galakan Membaca




















Wednesday, 6 December 2017

Thursday, 16 November 2017

Syoknya ke Perpustakaan 2017 : Sempena Cuti Sekolah

PROGRAM SYOKNYA KE PERPUSTAKAAN 2017! (SEMPENA CUTI SEKOLAH)


TARIKH : 6-31 DISEMBER 2017
TEMPAT : PERPUSTAKAAN KANAK-KANAK @ PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI PERLIS, JALAN PENJARAN, 01000 KANGAR, PERLIS.



RINGKASAN PROGRAM:


Sepanjang tahun, Perpustakaan Awam Negeri Perlis mengadakan aktiviti untuk mempromosi dan menggalakkan masyarakat ke perpustakaan bertujuan menggalakkan amalan membaca dikalangan masyarakat terutamanya kanak-kanak.

Melalui program Cuti Sekolah 2017: Syoknya ke Perpustakaan2017, para peserta dapat menambah ilmu pengetahuan dan mengisi masa cuti sekolah dengan aktiviti-aktiviti berfaedah seperti keagamaan, kerjaya, kuiz, membaca, kraftangan, cef cilik, bersukan, tayangan filem, tayangan pendidikan, mewarna dan sebagainya. Menangi hadiah cabutan bertuah!! .  Sila lihat Syoknya ke Perpustakaan 2016

JOM SERTAI AKTIVITI!!! PERCUMA!!!



  1. Anak Soleh Kreatif : Smart Akhlak | 6 Dis, Rabu | 9pg – 1.00 ptg
  2.  Anak Soleh Kreatif : Smart Solat | 7 Dis, Khamis | 9pg – 2.00 ptg
  3.  Anak Soleh Kreatif : Smart Learning | 8 Dis, Jumaat | 9pg – 12.00 tgh hari
  4.  Saya & Kerjaya – Doktor Pergigian | 12 Dis, Selasa | 9pg – 1.00 ptg
  5. Saya & Kerjaya Kerjaya – Penguatkuasa Agensi Anti Dadah Kebangsaan| 13 Dis, Rabu | 9pg – 1.00 ptg
  6. Me And Kerjaya – Polis  | 14 Dis, Khamis | 9pg – 1.00 ptg
  7.  Membaca, Tayangan & Kuiz| 15 Dis, Jumaat | 10 pg – 12.00 tgh hari
  8.  Me & Craft Card | 19 Dis, Selasa | 10 pg – 12.30 tgh hari
  9.  Me & Craft Bahan Terbuang| 20 Dis, Rabu | 10 pg – 12.30 tgh hari
  10.  Chocolate Decoration | 21 Dis, Khamis | 10 pg – 12.30 tgh hari
  11.  Me & Colour Run | 22 Dis, Jumaat | 10 pg – 12.00 tgh hari
  12.  Mewarna, Tayangan & Kuiz | 8 Dis, Sabtu | 10 pg – 12.00 tgh hari
  13.  Me & ‘Outdoor Games’     | 26 Dis, Selasa | 10 pg – 12.30 tgh hari
  14.  Pertandingan Bercerita | 27 Dis, Rabu | 10 pg – 12.30 tgh hari
  15. Master Chef : Learn to Cook! | 28 Dis, Khamis  | 10 pg – 12.30 tgh hari
  16. Membaca Jawi | 29 Dis, Jumaat | 10 pg – 12.00 tgh hari
  17. Cabutan Bertuah (Mingguan) Sepanjang Disember
  18.  Cabutan Bertuah (Bulanan) Sepanjang Disember. Menangi hadiah cabutan                       bertuah utama berupa 3 basikal.
  19.  Peraduan Mewarna sempena Cuti Sekolah Sepanjang Disember. Tarikh tutup mewarna 1 Jan 2017. Dapatkan Borang Peraduan Mewarna di Perpustakaan Kanak-Kanak dan Blog Perpustakaan Kanak-Kanak. 


MAKLUMAT LANJUT :

  1. Sijil, hadiah penyertaan, makanan (pagi & tengah hari) disediakan untuk setiap peserta untuk aktiviti 1-7. (Keutamaan peserta berumur 10-12 tahun). Sila bawa alat tulis dan perkakasan solat untuk aktiviti SMART SOLAT.
  2. Sijil, hadiah penyertaan dan makanan ringan (biskut) disediakan untuk aktiviti 8-17.
  3. CABUTAN BERTUAH (MINGGUAN & BULANAN) layak untuk peserta yang sertai SETIAP AKTIVITI, PINJAMAN BUKU DAN PENDAFTARAN AHLI PERPUSTAKAAN BULAN DISEMBER
  4. Pendaftaran ahli perpustakaan dan pinjaman buku adalah percuma.
  5. Maklumat lanjut : Pn. Zairina Hashim, Urus Setia Program Syoknya ke Perpustakaan 2017, Perpustakaan Kanak-Kanak @ Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis. Tel/whatsapp : 0174696110 | 04-9764436 (Pejabat)
  6. Sila like di facebook : https://www.facebook.com/skuadpromosiperpustakaanperlis/   


 ------------------------------------------------------------                                                                           
 BORANG PENYERTAAN


Nama :
Umur :
Sek:
No. Tel :
Aktiviti yang ingin disertai:

Berminat untuk sertai? Sila isi borang berikut dan hantar melalui whatsapp 0174696110 kepada Pn. Zairina Hashim sebelum atau pada 4 Disember 2017.





Flyers dalam bentuk jpg
Peraduan Mewarna dalam Bentuk Jpg






Tuesday, 3 October 2017

Promosi Kenaf dan Program Mobile Community Transformation Centre (Mobile CTC)

Sekalung penghargaan kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis  kerana telah menjemput Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis  bagi mengadakan pameran dan promosi galakan membaca sempena program  Promosi Kenaf dan Program Mobile Community Transformation Centre (Mobile CTC)  pada 29 September - 1 November 2017 (Jumaat-Ahad) bertempat di Perkampungan Asnaf Batu Bertangkup, Chuping Perlis. 

Penyertaan pelajar, ibu bapa dan guru dijangka seramai 1000 orang. Perpustakaan menyediakan pelbagai pengisian aktiviti seperti kempen daftar ahli perpustakaan percuma, pameran buku dan sudut bacaan, dan permainan I Play Toy Library, kuiz,  dam ular gergasi dan sebagainya. 


Perpustakaan Desa berdekatan adalah Perpustakaan Desa Batu Bertangkup, Perpustakaan Desa Kaki Bukit, Perpustakaan Desa Paya Kelubi dan Perpustakaan Desa Panggas. 


Pendaftaran ahli perpustakaan adalah percuma. Kelebihan menjadi ahli adalah dapat meminjam buku sebanyak 6 buah selama 3 minggu dan dapat menjalankan aktiviti galakan membaca. 

Diharap dengan penyertaan perpustakaan melalui program ini, dapat menarik minat masyarakat untuk menimba ilmu melalui membaca. Selangkah ke perpustakaan, selautan ilmu pengetahuan.

# kami juga menawarkan perkhidmatan pinjaman buku berkelompok kepada jabatan/sekolah yang berminat. Sebanyak 100 buah buku ditawarkan kepada sekolah dan jabatan yang berminat. Pinjaman buku berkelompok bolehlah dijalankan di mana-mana rangkaian perpustakaan di negeri Perlis samada perpustakaan desa, perpustakaan pekan, perpustakaan cawangan dan perpustakaan pusat. Tempoh masa adalah sebulan.

# Jemputlah perpustakaan untuk adakan pameran dan aktiviti di organisasi @ sekolah anda. Aktiviti galakan membaca seperti taklimat perpustakaan, taklimat galakan membaca, ceramah literasi maklumat, bengkel perpustakaan, celik IT, pameran, mewarna, aktiviti i-play toy, lawatan dan lain-lain aktiviti lagi..

Maklumat lanjut hubungi:


Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis
Jalan Penjara, 01000 Kangar, Perlis
No. tel : 049764436
Faks : 049760906
H/p : 0174696110 (Zairina)