Sekalung penghargaan kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis kerana telah menjemput Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis bagi mengadakan pameran dan promosi galakan membaca sempena program Promosi Kenaf dan Program Mobile Community Transformation Centre (Mobile CTC) pada 29 September - 1 November 2017 (Jumaat-Ahad) bertempat di Perkampungan Asnaf Batu Bertangkup, Chuping Perlis.
Penyertaan pelajar, ibu bapa dan guru dijangka seramai 1000 orang. Perpustakaan menyediakan pelbagai pengisian aktiviti seperti kempen daftar ahli perpustakaan percuma, pameran buku dan sudut bacaan, dan permainan I Play Toy Library, kuiz, dam ular gergasi dan sebagainya.
Penyertaan pelajar, ibu bapa dan guru dijangka seramai 1000 orang. Perpustakaan menyediakan pelbagai pengisian aktiviti seperti kempen daftar ahli perpustakaan percuma, pameran buku dan sudut bacaan, dan permainan I Play Toy Library, kuiz, dam ular gergasi dan sebagainya.
Perpustakaan Desa berdekatan adalah Perpustakaan Desa Batu Bertangkup, Perpustakaan Desa Kaki Bukit, Perpustakaan Desa Paya Kelubi dan Perpustakaan Desa Panggas.
Pendaftaran ahli perpustakaan adalah percuma. Kelebihan menjadi ahli adalah dapat meminjam buku sebanyak 6 buah selama 3 minggu dan dapat menjalankan aktiviti galakan membaca.
Diharap dengan penyertaan perpustakaan melalui program ini, dapat menarik minat masyarakat untuk menimba ilmu melalui membaca. Selangkah ke perpustakaan, selautan ilmu pengetahuan.
# kami juga menawarkan perkhidmatan pinjaman buku berkelompok kepada jabatan/sekolah yang berminat. Sebanyak 100 buah buku ditawarkan kepada sekolah dan jabatan yang berminat. Pinjaman buku berkelompok bolehlah dijalankan di mana-mana rangkaian perpustakaan di negeri Perlis samada perpustakaan desa, perpustakaan pekan, perpustakaan cawangan dan perpustakaan pusat. Tempoh masa adalah sebulan.
# Jemputlah perpustakaan untuk adakan pameran dan aktiviti di organisasi @ sekolah anda. Aktiviti galakan membaca seperti taklimat perpustakaan, taklimat galakan membaca, ceramah literasi maklumat, bengkel perpustakaan, celik IT, pameran, mewarna, aktiviti i-play toy, lawatan dan lain-lain aktiviti lagi..
0 comments:
Post a Comment