Friday 19 January 2018

PROMOSI GALAKAN MEMBACA & PAMERAN @ KARNIVAL KEUSAHAWANAN 2018 BERSAMA ANDALUSIA TRAVEL & TOURS SDN BHD

PROMOSI GALAKAN MEMBACA & PAMERAN @ KARNIVAL KEUSAHAWANAN 2018 BERSAMA ANDALUSIA TRAVEL & TOURS SDN BHD

Tarikh : 19 Januari 2017 (Jumaat)
Masa : 9.00 pagi – 6.00 petang
Tempat : Pekarangan Pejabat Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd Cawangan Arau (No. 3B, Tingkat 1, Jln 2, Kompleks Tok Arau
Anggaran peserta : 60 orang

Perpustakaan Awam Negeri Perlis ingin mengucapkan jutaan penghargaan kerana menjemput pihak kami untuk mengadakan Promosi galakan membaca dan Pameran sempena Karnival Keusahawan 2018 Bersama Andalusia Travel & Tours Sdn.Bhd. Penyertaan peserta adalah terdiri daripada kanak-kanak tabika, belia dan dewasa. Pelbagai aktiviti menarik disediakan seperti demo masakan pizza, pertandingan mewarna, kraftangan katak, permainan, sudut bacaan, kempen daftar ahli perpustakaan dan bengkel kek dan pastri. 



# kami juga menawarkan perkhidmatan pinjaman buku berkelompok kepada jabatan/sekolah yang berminat. Sebanyak 100 buah buku ditawarkan kepada sekolah dan jabatan yang berminat. Pinjaman buku berkelompok bolehlah dijalankan di mana-mana rangkaian perpustakaan di negeri Perlis samada perpustakaan desa, perpustakaan pekan, perpustakaan cawangan dan perpustakaan pusat. Tempoh masa adalah sebulan.

# Jemputlah perpustakaan untuk adakan pameran dan aktiviti di organisasi @ sekolah anda. Aktiviti galakan membaca seperti taklimat perpustakaan, taklimat galakan membaca, ceramah literasi maklumat, bengkel perpustakaan, celik IT, pameran, mewarna, aktiviti i-play toy, lawatan dan lain-lain aktiviti lagi..


Maklumat lanjut hubungi:


Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis
Jalan Penjara, 01000 Kangar, Perlis
No. tel : 049764436
Faks : 049760906
H/p : 0174696110 (Zairina)






















0 comments:

Post a Comment