I) Program : Promosi Galakan Membaca & Pameran @ Sek. Keb. Kayang Perlis
Tarikh : 16 Januari 2017
Masa : 7.40 pagi
Tempat : Sek. Keb. Kayang
Penyertaan : 750 pelajar
Sekalung penghargaan kepada Sek. Kebangsaan Kayang kerana bekerjasama dengan perpustakaan untuk mengadakan Promosi Galakan Membaca & Pameran.
Diharap dengan pendedahan program ini, dapat menarik minat pelajar untuk menimba ilmu melalui membaca. Selangkah ke perpustakaan, selautan ilmu pengetahuan.
Perpustakaan yang berhampiran dengan Sek. Keb. Kayang adalah Perpustakaan Desa Kg. Peladang, Perpustakaan Desa Titi Tok Bandar, Perpustakaan Desa Sentua, Perpustakaan Awam Negeri Perlis (Kangar), Perpustakaan Cawangan Kuala Perlis dan Perpustakaan Cawangan Simpang Empat.

Pendaftaran ahli perpustakaan adalah percuma. Kelebihan menjadi ahli adalah dapat meminjam buku sebanyak 6 buah selama 3 minggu dan dapat menjalankan aktiviti galakan membaca.
II) Berikut adalah agenda
7.30 pagi
-Perhimpunan pagi
7.40 pagi
-Ucapan galakan membaca dari En. Mohd
Tarmizi Wahab, wakil Perbadanan
Perpustakaan Awam Negeri Perlis
-Penyampaian hadiah cabutan bertuah
berupa basikal kepada Nadhira Amani, pemenang cabutan bertuah kategori ahli
yang menjalankan aktiviti sempena Program Syoknya ke Perpustakaan 2017.
8.00 pagi – 12.00 tgh hari
-Aktiviti, pameran dan promosi galakan
membaca berlangsung.
III) AKTIVITI-AKTIVITI
- Ucapan Galakan Membaca dan penyampaian hadiah cabutan bertuah
- Kempen daftar ahli perpustakaan
- Pameran buku dan sudut bacaan
- Pameran I-Play Toy Library / puzzles
- Pameran e-Pustaka & celik It
- Origami
- Membaca jawi, membaca teks buku
- Eja perkataan
- permainan dam ular, dam aji
# kami juga menawarkan perkhidmatan pinjaman buku berkelompok kepada jabatan/sekolah yang berminat. Sebanyak 100 buah buku ditawarkan kepada sekolah dan jabatan yang berminat. Pinjaman buku berkelompok bolehlah dijalankan di mana-mana rangkaian perpustakaan di negeri Perlis samada perpustakaan desa, perpustakaan pekan, perpustakaan cawangan dan perpustakaan pusat. Tempoh masa adalah sebulan.
# Jemputlah perpustakaan untuk adakan pameran dan aktiviti di organisasi @ sekolah anda. Aktiviti galakan membaca seperti taklimat perpustakaan, taklimat galakan membaca, ceramah literasi maklumat, bengkel perpustakaan, celik IT, pameran, mewarna, aktiviti i-play toy, lawatan dan lain-lain aktiviti lagi..
0 comments:
Post a Comment