Wednesday 27 September 2017

Pameran & Promosi Galakan Membaca

Sekalung penghargaan kepada Sekolah Kebangsaan Bohor Empiang  kerana telah menjemput Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis  bagi mengadakan pameran dan promosi galakan membaca sempena program  Hari Keusahawanan Unit Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid  pada 27 September 2017. Penyertaan pelajar dan guru dijangka seramai 150 orang. Perpustakaan menyediakan pelbagai pengisian aktiviti seperti kempen daftar ahli perpustakaan percuma, pameran buku dan permainan I Play Toy Library, sudut bacaan,  dam ular gergasi dan sebagainya. 


Perpustakaan Desa berdekatan adalah Perpustakaan Desa Abi dan Perpustakaan Awam Negeri, Kangar Perlis..


Pendaftaran ahli perpustakaan adalah PERCUMA. Kelebihan menjadi ahli adalah dapat meminjam buku sebanyak 6 buah selama 3 minggu dan dapat menjalankan aktiviti galakan membaca. 

Diharap dengan pendedahan program ini, dapat menarik minat pelajar untuk menimba ilmu melalui membaca. Selangkah ke perpustakaan, selautan ilmu pengetahuan.

# kami juga menawarkan perkhidmatan pinjaman buku berkelompok kepada jabatan/sekolah yang berminat. Sebanyak 100 buah buku ditawarkan kepada sekolah dan jabatan yang berminat. Pinjaman buku berkelompok bolehlah dijalankan di mana-mana rangkaian perpustakaan di negeri Perlis samada perpustakaan desa, perpustakaan pekan, perpustakaan cawangan dan perpustakaan pusat. Tempoh masa adalah sebulan.

# Jemputlah perpustakaan untuk adakan pameran dan aktiviti di organisasi @ sekolah anda. Aktiviti galakan membaca seperti taklimat perpustakaan, taklimat galakan membaca, ceramah literasi maklumat, bengkel perpustakaan, celik IT, pameran, mewarna, aktiviti i-play toy, lawatan dan lain-lain aktiviti lagi..

Maklumat lanjut hubungi:


Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis
Jalan Penjara, 01000 Kangar, Perlis
No. tel : 049764436
Faks : 049760906
H/p : 0174696110 (Zairina)






























0 comments:

Post a Comment