Tuesday 4 April 2017

Pelancaran Kem Membaca 1Malaysia (KM1M) @ Auditorium, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis

Kem Membaca 1Malaysia (KM1M) merupakan salah satu program Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah Program Gerakan Tabiat Membaca. Program ini bertujuan untuk membina tabiat membaca dalam kalangan murid sekolah dengan tema ‘Pembacaan Pemangkin 1Malaysia’.

Terdapat empat objektif program ini, iaitu mengisi masa lapang murid selepas peperiksaan hujung tahun, menggerakkan program/aktiviti galakan membaca, memupuk minat membaca secara berterusan dan menjadikan PSS sebagai tempat rujukan bahan bacaan dan memperkukuhkan kemahiran maklumat dalam kalangan murid.

Pelancaran Kem Membaca 1Malaysia (KM1M) peringkat negeri Perlis telah Berjaya dengan lancar dan jayanya pada 5 April 2017, 8.30 pagi di Auditorium, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis. Program ini merupakan anjuran Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis.

Seramai lebih 280 peserta yang terdiri dari guru dan pelajar di setiap sekolah negeri Perlis hadir memberi sokongan pada majlis pelancaran ini.

Terima kasih kepada Jabatan Pelajaran Negeri Perlis, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis dan sekolah-sekolah negeri Perlis di atas jalinan kerjasama yang diberikan.



















0 comments:

Post a Comment