Thursday 6 April 2017

Pameran & Promosi Galakan Membaca @ SMK Raja Puan Muda Tengku Fauziah

Tarikh: 6 April 2017 (Khamis)

Masa : 8.30 Pagi - 12.00 Tgh Hari
Tempat : SMK Raja Puan Muda Tengku Fauziah



Sekalung penghargaan kepada SMK Raja Puan Muda Tengku Fauziah kerana telah menjemput Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis  bagi mengadakan Pameran kerjaya dan Promosi Galakan Membaca sempena sempena Hari Anugerah Kecemerlangan, Hari Kokurikulum, Hari Kerjaya dan Hari Koperasi Tahun 2017

Pelbagai aktiviti diadakan kepada pelajar tersebut yang seramai 400 orang seperti baca jawi, eja perkataan, sudut bacaan, pameran buku, pameran bas bergerak e pustaka dan sebagainya.

Sambutan pelajar amatlah menggalakkan.

Perpustakaan Desa berdekatan adalah Perpustakaan Desa Kg. Tersusun, Perpustakaan Desa Wang Kelian, Perpustakaan Desa Kaki Bukit, Perpustakaan Desa Lubuk sireh, Perpustakaan Desa Titi Tinggi dan Perpustakaan Desa Bukit Chabang manakala perpustakaan cawangan adalah Perpustakaan Cawangan Padang Besar.

Para guru diberi penerangan tentang pinjaman buku berkelompok sebanyak 100 buah di perpustakaan yang berhampiran tersebut. Selain itu, pihak sekolah bolehlah adakan kerjasama dengan pihak perpustakaan untuk adakan aktiviti.

Pendaftaran ahli perpustakaan adalah percuma. Kelebihan menjadi ahli adalah dapat meminjam buku sebanyak 6 buah selama 3 minggu dan dapat menjalankan aktiviti galakan membaca. Buat masyarakat negeri Perlis terutamanya, pinjaman buku sebanyak 6 buah adalah bermula dari bulan April 2017. Sebelum ini, pinjaman buku adalah sebanyak 3 buah sahaja.

Diharap dengan pendedahan program ini, dapat menarik minat pelajar untuk menimba ilmu melalui membaca. Selangkah ke perpustakaan, selautan ilmu pengetahuan.

# kami juga menawarkan perkhidmatan pinjaman buku berkelompok kepada jabatan/sekolah yang berminat. Sebanyak 100 buah buku ditawarkan kepada sekolah dan jabatan yang berminat. Pinjaman buku berkelompok bolehlah dijalankan di mana-mana rangkaian perpustakaan di negeri Perlis samada perpustakaan desa, perpustakaan pekan, perpustakaan cawangan dan perpustakaan pusat. Tempoh masa adalah sebulan.

# Jemputlah perpustakaan untuk adakan pameran dan aktiviti di organisasi @ sekolah anda. Aktiviti galakan membaca seperti taklimat perpustakaan, taklimat galakan membaca, ceramah literasi maklumat, bengkel perpustakaan, celik IT, pameran, mewarna, aktiviti i-play toy, lawatan dan lain-lain aktiviti lagi..

Maklumat lanjut hubungi:

Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis
Jalan Penjara, 01000 Kangar, Perlis
No. tel : 049764436
Faks : 049760906
H/p : 0174696110 (Zairina)



















0 comments:

Post a Comment