Tarikh: 30 March 2017 (Khamis)
Masa : 7.45 Pagi - 12.00 Tgh Hari
Tempat : Sek. Keb. Padang Keria
Sekalung penghargaan kepada Sek. Keb. Padang Keria kerana telah menjemput Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis bagi mengadakan Promosi Galakan Membaca sempena Pelancaran Program Nilam Peringkat Sekolah.
Pelbagai aktiviti diadakan kepada pelajar tersebut yang seramai 150 orang seperti tayangan cerita pendidikan & kuiz, kempen daftar ahli perpustakaan, kuiz putar-putar ilmu, baca jawi, eja perkataan, sudut bacaan, sudut permainan, i-play toy library, pameran buku dan sebagainya.
Sambutan pelajar amatlah menggalakkan.
Pada program tersebut, Perpustakaan Desa Bohor Mali telah memberi pinjaman buku berkelompok sebanyak 100 buah dan diharap pelajar sekolah mengambil manfaat dengan membaca buku tersebut. Membaca jambatan ilmu.
Pada program tersebut, Perpustakaan Desa Bohor Mali telah memberi pinjaman buku berkelompok sebanyak 100 buah dan diharap pelajar sekolah mengambil manfaat dengan membaca buku tersebut. Membaca jambatan ilmu.
Pendaftaran ahli adalah percuma. Kelebihan menjadi ahli adalah dapat meminjam buku sebanyak 3 buah selama 3 minggu dan dapat menjalankan aktiviti galakan membaca.
Diharap dengan pendedahan program ini, dapat menarik minat pelajar untuk menimba ilmu melalui membaca. Selangkah ke perpustakaan, selautan ilmu pengetahuan.
# kami juga menawarkan perkhidmatan pinjaman buku berkelompok kepada jabatan/sekolah yang berminat. Sebanyak 100 buah buku ditawarkan kepada sekolah dan jabatan yang berminat. Tempoh masa adalah sebulan.
# Jemputlah perpustakaan untuk adakan pameran dan aktiviti di organisasi @ sekolah anda. Aktiviti galakan membaca seperti taklimat perpustakaan, taklimat galakan membaca, ceramah literasi maklumat, bengkel perpustakaan, celik IT, pameran, mewarna, aktiviti i-play toy, lawatan dan lain-lain aktiviti lagi..
Maklumat lanjut hubungi:
Jalan Penjara, 01000 Kangar, Perlis
No. tel : 049764436
Faks : 049760906
H/p : 0174696110 (Zairina)
0 comments:
Post a Comment