Bersukan dan kenali rakan

Perpustakaan bukan hanya tempat untuk membaca tetapi adik-adik boleh terlibat aktiviti menyihatkan seperti bersukan dan kenali rakan.

Aktiviti membaca bersama

Selangkah ke perpustakaan, selautan ilmu pengetahuan. Membaca dan kongsikan bahan bacaan bersama rakan-rakan untuk tambahkan ilmu pengetahuan.

Anak soleh kreatif

Smart learning, smart solat, smart akhlak.

Seni kraf

Pelajari bagaimana menjadikan bahan-bahan terbuang menjadi kraf yang cantik dan unik.

Pertandingan bercerita dan aktiviti bercerita

Membaca menjadikan kita luas pengetauan. Sertai pertandingan bercerita atau saksikan persembahan puppet.


Thursday, 14 December 2017

Saya dan kerjaya - Polis

14 Dis 2017. Aktiviti Saya dan kerjaya - Polis sempena Program Syoknya Ke Perpustakaan mendapat sambutan amat menggalakkan. Lebih kurang 180 kanak-kanak menyertainya.

Aktiviti ini dijalankan di Perpustakaan Kanak-Kanak, Perpustakaan Awam Perlis.

Pengisian aktiviti adalah ceramah kerjaya, isu keselamatan di sekolah, pameran, kuiz dan tayangan.

Zairina Hashim

Unit Sumber Media, Perpustakaan Kanak-Kanak,
 Perpustakaan Bestari Samsung dan Promosi Galakan Membaca








Wednesday, 13 December 2017

Saya dan Kerjaya -Penguatkuasa AADK

13 Dis 2017. Berlangsung dengan jayanya aktiviti Saya dan Kerjaya -Penguatkuasa AADK sempena Program Syoknya Ke Perpustakaan. Aktiviti ini diadakan di Perpustakaan Kanak-Kanak, Perpustakaan Awam Perlis. Seramai lebih kurang 150 kanak-kanak terlibat aktiviti ini.

Kanak-kanak diberi penerangan tentang peranan Penguatkuasa AADK, bahaya tentang dadah dan diakhir program diadakan aktiviti berkumpulan. Para peserta dikehendaki untuk melukis poster saya benci dadah.





















Tuesday, 12 December 2017

Saya dan Kerjaya -Doktor Pergigian

12 Dis 2017. Aktiviti Saya dan Kerjaya -Doktor Pergigian sempena Program Syoknya ke Perpustakaan 2017 berjalan dengan lancar dan menarik hampir lebih dari 150 penyertaan kanak-kanak. Aktiviti ini diadakan di Perpustakaan Kanak-Kanak, Perpustakaan Awam Perlis.

Melalui aktiviti ini, kanak-kanak bukan sahaja didedahkan mengenai kerjaya sebagai doktor pergigian malah diberi tunjuk ajar tentang cara penjagaan gigi dengan betul.

Pelbagai aktiviti menarik diadakan seperti ceramah, demo membersih gigi dengan betul, teknik tampalan dan pembersihan gigi, puppet show, kuiz, pameran, tayangan, nyanyian dan sebagainya.

Sekalung penghargaan kepada Bahagian Kesihatan Pergigian Negeri Perlis atas kerjasama yang diberikan.

Zairina Hashim
Pen. Pustakawan
Unit Sumber Media, Perpustakaan kanak-Kanak,
Perpustakaan Bestari Samsung, Program Galakan Membaca




















Wednesday, 6 December 2017