PAMERAN DAN PROMOSI GALAKAN MEMBACA KARNIVAL USAHAWAN MUDA 2016 SK LKTP CHUPING
Tarikh : 9 Nov 2016 (Rabu)
Masa : 8.00 Pagi - 12.00 Tgh Hari
Tempat : Sek. Keb. Lktp Chuping
Sekalung penghargaan kepada Sek. Keb. LKTP Chuping kerana telah menjemput Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis mengadakan pameran dan program galakn membaca sempena program Karnival Usahawan Muda2016.
Pelbagai aktiviti dijalankan seperti kempen daftar ahli perpustakaan, origami, kuiz, kuiz putar-putar ilmu, baca jawi, baca rumi. mewarna, sudut bacaan, sudut permainan, pameran buku dan sebagainya. Sambutan pelajar amatlah menggalakkan.
Diharap dengan pendedahan program ini, dapat menarik minat pelajar untuk menimba ilmu melalui membaca. Selangkah ke perpustakaan, selautan ilmu pengetahuan. Perpustakaan yang berhampiran SK KLTP Chuping adalah Perpustakaan Desa Kok Klang, Perpustakaan Desa Ulu Pauh dan Perpustakaan Pekan Arau. Pendaftaran ahli adalah percuma. Kelebihan menjadi ahli adalah dapat meminjam buku sebanyak 3 buah selama 3 minggu dan dapat menjalankan aktiviti galaka membaca.
# kami juga menawarkan perkhidmatan pinjaman buku berkelompok kepada jabatan/sekolah yang berminat
# Jemputlah perpustakaan untuk adakan pameran dan aktiviti di organisasi @ sekolah anda. Aktiviti galakan membaca seperti taklimat perpustakaan, taklimat galakan membaca, ceramah literasi maklumat, bengkel perpustakaan, celik IT, pameran, mewarna, aktiviti i-play toy, lawatan dan lain-lain aktiviti lagi..
Maklumat lanjut hubungi:
Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis
Jalan Penjara, 01000 Kangar, Perlis
No. tel : 049764436
Faks : 049760906
H/p : 0174696110 (Zairina)
0 comments:
Post a Comment