Friday 28 April 2017

PAMERAN &KEMPEN DAFTAR @ SMK DATO' JAAFAR HASSAN

Sekalung penghargaan kepada Sek. Men. Keb. Dato' Jaafar Hassan kerana telah menjemput Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis  bagi mengadakan pameran dan promosi galakan membaca sempena program Hari Anugerah Kecemerlangan dan Hari Kokurikulum Sek. Men. Keb. Dato' Jaafar Hassan pada 28 April 2017. Pelajar adalah seramai 688 orang

Pelbagai aktiviti diadakan kepada pelajar tersebut seperti penyampaian hadiah kepada pelajar cemerlang, ucapan perasmian, persembahan dan sebagainya. Perbadanan Perpustaaan Awam Negeri Perlis  menyediakan aktiviti seperti pameran buku dan rangkaian perpustakaan, kempen daftar ahli perpustakaan, kempen pinjaman berkelompok kepada para guru, aktiviti baca jawi sebagainya

Perpustakaan Desa berdekatan adalah Perpustakaan Desa Batu Bertangkup, Berpustakaan Desa Balik Bukit, Perpustakaan Desa Paya Kelubi dan Perpustakaan Desa Panggas Besar


Pendaftaran ahli perpustakaan adalah percuma. Kelebihan menjadi ahli adalah dapat meminjam buku sebanyak 6 buah selama 3 minggu dan dapat menjalankan aktiviti galakan membaca. 

Diharap dengan pendedahan program ini, dapat menarik minat pelajar untuk menimba ilmu melalui membaca. Selangkah ke perpustakaan, selautan ilmu pengetahuan.

# kami juga menawarkan perkhidmatan pinjaman buku berkelompok kepada jabatan/sekolah yang berminat. Sebanyak 100 buah buku ditawarkan kepada sekolah dan jabatan yang berminat. Pinjaman buku berkelompok bolehlah dijalankan di mana-mana rangkaian perpustakaan di negeri Perlis samada perpustakaan desa, perpustakaan pekan, perpustakaan cawangan dan perpustakaan pusat. Tempoh masa adalah sebulan.

# Jemputlah perpustakaan untuk adakan pameran dan aktiviti di organisasi @ sekolah anda. Aktiviti galakan membaca seperti taklimat perpustakaan, taklimat galakan membaca, ceramah literasi maklumat, bengkel perpustakaan, celik IT, pameran, mewarna, aktiviti i-play toy, lawatan dan lain-lain aktiviti lagi..

Maklumat lanjut hubungi:


Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis
Jalan Penjara, 01000 Kangar, Perlis
No. tel : 049764436
Faks : 049760906
H/p : 0174696110 (Zairina)







0 comments:

Post a Comment