Thursday 13 April 2017

Pameran dan promosi galakan membaca sempena program Hari Anugerah Kecemerlangan dan Hari Kokurikulum SMK Tengku Budriah

Tarikh: 13 April 2017 (Khamis)

Masa : 8.00 Pagi - 12.30Tgh Hari
Tempat : Sek. Men. Keb. Tengku Budriah



Sekalung penghargaan kepada Sek. Men. Keb. Tengku Budriah kerana telah menjemput Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis  bagi mengadakan pameran dan promosi galakan membaca sempena program Hari Anugerah Kecemerlangang dan Hari Kokurikulum SMK Tengku Budriah tahun 2017.

Pelbagai aktiviti diadakan kepada pelajar tersebut yang seramai 200 orang seperti kempen daftar ahli perpustakaan, baca jawi, sudut bacaan, sudut permainan, pameran buku dan sebagainya

Sambutan pelajar amatlah menggalakkan.

Perpustakaan berhampiran adalah Perpustakaan Pekan Arau, dan Perpustakaan Desa berhampiran adalah Perpustakaan Desa Pauh, Perpustakaan Desa Padang Siding dan Perpustakaan Desa Ulu Pauh.


Pendaftaran ahli perpustakaan adalah percuma. Kelebihan menjadi ahli adalah dapat meminjam buku sebanyak 6 buah selama 3 minggu dan dapat menjalankan aktiviti galakan membaca. Buat masyarakat negeri Perlis terutamanya, pinjaman buku sebanyak 6 buah adalah bermula dari bulan April 2017. Sebelum ini, pinjaman buku adalah sebanyak 3 buah sahaja.

Diharap dengan pendedahan program ini, dapat menarik minat pelajar untuk menimba ilmu melalui membaca. Selangkah ke perpustakaan, selautan ilmu pengetahuan.

# kami juga menawarkan perkhidmatan pinjaman buku berkelompok kepada jabatan/sekolah yang berminat. Sebanyak 100 buah buku ditawarkan kepada sekolah dan jabatan yang berminat. Pinjaman buku berkelompok bolehlah dijalankan di mana-mana rangkaian perpustakaan di negeri Perlis samada perpustakaan desa, perpustakaan pekan, perpustakaan cawangan dan perpustakaan pusat. Tempoh masa adalah sebulan.

# Jemputlah perpustakaan untuk adakan pameran dan aktiviti di organisasi @ sekolah anda. Aktiviti galakan membaca seperti taklimat perpustakaan, taklimat galakan membaca, ceramah literasi maklumat, bengkel perpustakaan, celik IT, pameran, mewarna, aktiviti i-play toy, lawatan dan lain-lain aktiviti lagi..

Maklumat lanjut hubungi:


Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis
Jalan Penjara, 01000 Kangar, Perlis
No. tel : 049764436
Faks : 049760906
H/p : 0174696110 (Zairina)










0 comments:

Post a Comment