Monday 3 April 2017

Pameran sempena Program Sepakat 1 Malaysia Seberang Ramai 2017

Tarikh: 2 April 2017 (Ahad)

Masa : 8.30 Pagi - 12.30 Tgh Hari
Tempat :Dewan Orang Ramai Kg. Tengah


Sekalung penghargaan kepada warga penduduk dan jawatankuasa Komuniti 1 Malaysia Kawalan Seberang Ramai  kerana sudi menjemput pihak perpustakaan untuk adakan promosi galakan membaca di kalangan penduduk setempat. Sambutan yang diberikan amatlah menggalakkan terutamanya kanak-kanak dan dewasa. Dijangka seramai lebih 300 penduduk membanjiri  program tersebut.

IIni menunjukkan bahawa mereka sukakan ilmu pengetahuan dan peranan perpustakaan dalam menyebarkan ilmu pengetahuan dan menggalakkan amalan membaca di kalangan penduduk diterima baik.

Perpustakaan telah menyediakan pelbagai aktiviti antaranya sudut bacaan, pameran buku, pameran permainan, aktiviti cut and paste, baca jawi dan sebagainya.

Pendaftaran ahli adalah percuma. Kelebihan menjadi ahli adalah dapat meminjam buku sebanyak 3 buah selama 3 minggu dan dapat menjalankan aktiviti galakan membaca.

Diharap dengan pendedahan program ini, dapat menarik minat pelajar untuk menimba ilmu melalui membaca. Selangkah ke perpustakaan, selautan ilmu pengetahuan.

# kami juga menawarkan perkhidmatan pinjaman buku berkelompok kepada jabatan/sekolah yang berminat. Sebanyak 100 buah buku ditawarkan kepada sekolah dan jabatan yang berminat. Tempoh masa adalah sebulan.

# Jemputlah perpustakaan untuk adakan pameran dan aktiviti di organisasi @ sekolah anda. Aktiviti galakan membaca seperti taklimat perpustakaan, taklimat galakan membaca, ceramah literasi maklumat, bengkel perpustakaan, celik IT, pameran, mewarna, aktiviti i-play toy, lawatan dan lain-lain aktiviti lagi..

Maklumat lanjut hubungi:

Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis
Jalan Penjara, 01000 Kangar, Perlis
No. tel : 049764436
Faks : 049760906
H/p : 0174696110 (Zairina)



















0 comments:

Post a Comment