Bersukan dan kenali rakan

Perpustakaan bukan hanya tempat untuk membaca tetapi adik-adik boleh terlibat aktiviti menyihatkan seperti bersukan dan kenali rakan.

Aktiviti membaca bersama

Selangkah ke perpustakaan, selautan ilmu pengetahuan. Membaca dan kongsikan bahan bacaan bersama rakan-rakan untuk tambahkan ilmu pengetahuan.

Anak soleh kreatif

Smart learning, smart solat, smart akhlak.

Seni kraf

Pelajari bagaimana menjadikan bahan-bahan terbuang menjadi kraf yang cantik dan unik.

Pertandingan bercerita dan aktiviti bercerita

Membaca menjadikan kita luas pengetauan. Sertai pertandingan bercerita atau saksikan persembahan puppet.

Monday, 20 February 2017

CARTA ORGANISASI


Butiran lanjut :

1) En. Azizi Janan
Pengarah, 
Perbadanan Peroustakaan Awam Negeri Perlis

2) Pn. Siti Kalsum Bt. Ibrahim
Ketua Bahagian 
Perkhidmatan Maklumat

3) Pn. Zairina Hashim
Ketua Unit
Unit Sumber Media, Perpustakaan Kanak-Kanak, 
Perpustakaan Bestari Samsung

4) En. Nazri Zainol
Pembantu Perpustakaan (Tetap)
Dewan & Penyelenggaraan

7) En. Mohd Amzar Bin Mohd Yusoff
Pembantu Perpustakaan 
Perpustakaan Bestari Samsung

5) En. Mohd Azmi Samad
Pembantu Perpustakaan 

Perpustakaan Kanak-Kanak




Sunday, 19 February 2017

OBJEKTIF

Menyediakan bahan-bahan bacaan untuk pinjaman dan rujukan kepada penduduk Negeri Perlis.

Merancang program dan aktiviti ke arah menambah rangkaian perkhidmatan perpustakaan ke seluruh negeri Perlis.

Menganjur serta menggalakkan pembacaan di kalangan masyarakat negeri Perlis

Memberi khidmat nasihat kepada pihak-pihak yang memerlukan bimbingan atau latihan dalam bidang ilmu perpustakaan.

Mewujudkan koleksi yang bermutu untuk kegunaan masyarakat mengikut citarasa masyarakat berlandaskan Wawasan Negara.

Menyediakan perkhidmatan maklumat yang berwibawa melalui rangkaian maklumat tempatan, kebangsaan dan antarabangsa.

Menyediakan prasarana pembacaan awam yang berkualiti dan tenaga kerja terlatih.

MISI

Menyediakan prasarana sumber maklumat dan ilmu yang dapat dimanfaatkan oleh semua lapisan masyarakat untuk memajukan ilmu pengetahuan

VISI




Ke arah melahirkan masyarakat berbudaya membaca & berilmu

PENGENALAN


SEJARAH PERKEMBANGAN PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI PERLIS

Hasrat untuk menubuhkan sebuah “Khutub Khanah atau perpustakaan” telah bermula sejak tahun 1966. Sebuah Jawatankuasa Khutub Khanah telah ditubuhkan untuk memulakan langkah tersebut. Mesyuarat pertama telah diadakan pada 28 September 1968 dan bersetuju menggunakan Bilik Pertahanan Awam di Bangunan Mahkamah Lama yang terletak di Jalan Kelab Indera Kayangan, Kangar sebagai tapak permulaan bagi memulakan sebuah Khutub Khanah di negeri Perlis. Segala kelengkapan seperti buku diperolehi melalui sumbangan derma daripada pihak swasta, ahli-ahli perniagaan dan orang perseorangan. Perubahan tempat ini sesuai berbanding dengan usaha awal tahun 1966 di mana ia hanya menumpang di bangunan Kelab Indera Kayangan, Kangar.
 



 


Khutub Khanah Negeri Perlis 1969-1987

PEMBUKAAN RASMI

Khutub Khanah itu menggunakan Bilik Pertahanan Awam pada 15 Februari 1969 setelah pihak JKR menjalankan kerja-kerja ubah suai bangunan tersebut di bawah pengawasan juruteranya iaitu Encik Lim Teik Mei. Pada peringkat permulaan, Khutub Khanah hanya dibuka sebagai bilik bacaan sahaja kerana koleksi buku-buku yang ada belum mencukupi untuk dipinjam sehinggalah pertengahan Julai 1970, perkhidmatan pinjaman dibenarkan setelah jumlah koleksi buku meningkat kepada 5,000 naskah. Bangunan Khutub Khanah yang mempunyai keluasan lantai 3,600 kaki persegi telah dibuka dengan rasminya oleh DYMM Tuanku Raja Perlis pada 20 April 1969. Ia merupakan satu detik bersejarah bagi negeri Perlis kerana ia merupakan salah sebuah negeri yang mula-mula sekali dapat mengadakan sebuah Khutub Khanah di Semenanjung Malaysia.


PERKEMBANGAN KHUTUB KHANAH

Khutub Khanah telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat di negeri Perlis khususnya pelajar sekolah dan siswazah yang balik bercuti untuk digunakan sebagai tempat rujukan. Keadaan ruang sedia ada semakin sempit apabila pengguna semakin ramai serta koleksi buku bertambah setiap tahun. Akhirnya, Pejabat Kebajikan Masyarakat yang berada sebumbung dengan Bilik Pertahanan Awam telah menyerahkan ruangnya untuk digunakan oleh Khutub Khanah.

KELENGKAPAN DAN KOLEKSI

Pada ketika itu, kelengkapan yang disediakan hanya dua buah rak buku, dua buah meja dan enam belas kerusi pembaca, dan sebuah almari yang dihadiahkan oleh Persatuan Teksi dan sebuah kabinet katalog sumbangan YB Dato’ Azizul Rahman.

Koleksi buku telah meningkat kepada 7198 naskhah pada tahun 1972, yang kebanyakannya diperolehi melalui sumbangan daripada pihak USIS, DBP, British Council dan Kedutaan-kedutaan di Kuala Lumpur.
 





Ruang bacaan di bangunan lama

ENAKMEN PERPUSTAKAAN

Perkembangan Khutub Khanah Negeri telah mendapat perhatian daripada Perpustakaan Negara. Pengarah Perpustakaan Negara, Encik Saad Marzuki serta Encik Wijasuriya selaku Timbalan Pengarah telah mengadakan lawatan ke negeri Perlis untuk berbincang dengan Jawatankuasa berkenaan mengenai masalah dan kesulitan yang dihadapi dalam menguruskan perjalanan Khutub Khanah ini. Mereka juga sempat bertemu dengan YAB Menteri Besar, Datuk Jaafar Hassan dan mengesyorkan Kerajaan Negeri mewujudkan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri sebagai Badan Berkanun. Langkah ini bertujuan membolehkan kakitangan ikhtisas yang mempunyai kelulusan dalam bidang Sains Perpustakaan, dilantik bagi mentadbirkan perpustakaan yang sedia ada dengan lebih teratur dan sistematik lagi. Satu enakmen yang dinamakan “Enakmen Perbadanan Perpustakaan Umum Negeri Perlis” telah dapat digubal dengan bantuan daripada Perpustakaan Negara dan diwartakan secara rasmi pada 20 Nov 1973. Dengan termeterainya enakmen tersebut, Perbadanan itu dengan rasminya mengambil alih perjalanan Khutub Khanah Negeri.

PERKEMBANGAN SELEPAS MENJADI PERBADANAN

Pada tahun 1976, seorang Penolong Pustakawan telah dilantik bagi mengetuai pentadbiran perpustakaan ini dengan dibantu oleh seorang Pembantu Perpustakaan, Pelayan Perpustakaan serta seorang Penyemak Perpustakaan Sambilan. Pada tahun 1977, Lembaga Pengarah Perbadanan bersetuju menukarkan nama Perpustakaan Umum kepada Awam bagi menyeragamkannya dengan Perbadanan-perbadanan Perpustakaan Negeri lain.

PROJEK BANGUNAN BAHARU

Bangunan PPANPs sekarang

Bangunan baru PPANPs tahun 1988
 
Peruntukan sebanyak RM1 juta telah diluluskan dalam Rancangan Malaysia Ketiga untuk projek bangunan baharu perpustakaan dengan keluasan lantai 25,000 kaki persegi. Di atas masalah kemelesetan ekonomi dan perubahan tapak maka pelaksanaan projek ditangguhkan sehinggalah ke Rancangan Malaysia Kelima. Bangunan baharu Perpustakaan Negeri siap pembinaannya pada Disember 1987. Pembukaan rasminya disempurnakan oleh DYMM Tuanku Raja Perlis pada 20 September 1988.


PERISTIWA PENTING

Majlis menandatangani Memorandum Perjanjian (MoU) pengambilalihan khidmat Pengurusan Sumber Manusia Perpustakaan Awam Negeri Perlis di bawah Perpustakaan Negara Malaysia telah diadakan pada 16 Mei 2010 .  Perjanjian ini telah ditandatangani oleh YBhg. Datuk Wira Kamaruddin Siaraf, Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dan YB Dato’ Mohd Zabidi Zainal, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis di Auditorium Perpustakaan Awam Negeri Perlis. Dengan termetrainya perjanjian ini, maka pengurusan sumber manusia Perpustakaan Awam Negeri Perlis dengan rasminya kini berada di bawah Perpustakaan Negara Malaysia.  Walau bagaimanapun Enakmen PPANPerlis Bil 1 tahun 1984 masih terpakai dan Ahli Lembaga Pengarah yang dilantik juga dikekalkan. Majlis penyerahan rasmi perjanjian ini telah disempurnakan pada 17 Jun 2011 oleh YAB Menteri Besar Perlis kepada Ketua Pengarah PNM di Perpustakaan Negara Malaysia.





PENGUBAHSUAIAN PERPUSTAKAAN KANAK-KANAK

Perpustakaan Kanak-Kanak Kangar Perlis mula diubahsuai pada 2017 untuk menaiktaraf perkhidmatan kepada masyarakat negeri Perlis.

Sebelum Pengubahsuaian




Selepas pengubahsuaian










Friday, 17 February 2017

Promosi Galakan Membaca @ Sek. Rendah Agama Islahiyah Bohor Mali

Tarikh:17 Februari 2017 (Jumaat)

Masa : 9.00 Pagi - 12.00 Tgh Hari
Tempat : Sek. Rendah Agama Islahiyah Bohor Mali



Sekalung penghargaan kepada Sek. Rendah Agama Islahiyah Bohor Mali kerana telah menjemput Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis  program galakan membaca sempena program Hari Nilam 2017.

Pelbagai aktiviti diadakan kepada pelajar tahap 2 seperti taklimat membaca dan perpustakaan, kempen daftar ahli perpustakaan, kuiz, kuiz putar-putar ilmu, baca jawi, eja perkataan, sudut bacaan, sudut permainan, pameran buku dan sebagainya. Dianggarkan seramai 250 orang pelajar terlibat aktiviti ini.

Sambutan pelajar amatlah menggalakkan.

Perpustakaan berhampiran adalah Perpustakaan Desa Bohor Mali, Perpustakaan Desa Masjid Simpang Sanglang, Perpustakaan Cawangan Simpang Empat, Perpustakaan Desa Tambun Tulang, Perpustakaan Desa Bongor Kudong, Perpustakaan Desa Chanteq Bangun dan Perpustakaan Desa Kuala Sanglang.

Pendaftaran ahli adalah percuma. Kelebihan menjadi ahli adalah dapat meminjam buku sebanyak 3 buah selama 3 minggu dan dapat menjalankan aktiviti galakan membaca.

Diharap dengan pendedahan program ini, dapat menarik minat pelajar untuk menimba ilmu melalui membaca. Selangkah ke perpustakaan, selautan ilmu pengetahuan.

# kami juga menawarkan perkhidmatan pinjaman buku berkelompok kepada jabatan/sekolah yang berminat. Sebanyak 100 buah buku ditawarkan kepada sekolah dan jabatan yang berminat. Tempoh masa adalah sebulan.

# Jemputlah perpustakaan untuk adakan pameran dan aktiviti di organisasi @ sekolah anda. Aktiviti galakan membaca seperti taklimat perpustakaan, taklimat galakan membaca, ceramah literasi maklumat, bengkel perpustakaan, celik IT, pameran, mewarna, aktiviti i-play toy, lawatan dan lain-lain aktiviti lagi..

Maklumat lanjut hubungi:

Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis
Jalan Penjara, 01000 Kangar, Perlis
No. tel : 049764436
Faks : 049760906
H/p : 0174696110 (Zairina)














Thursday, 2 February 2017

TAKLIMAT NILAM YANG DITAMBAH BAIK KEPADA PENGETUA DAN GURU BESAR NEGERI PERLIS


Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis telah dijemput untuk memberi taklimat kepada pengetua dan guru besar. Perpustakaan yang diwakili oleh Pn. Haizatul Afni memberi taklimat mengenai perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis.
Taklimat berkenaan telah diadakan pada pagi 02 Februari 2017 bertempat di Bilik Pulai 1, BTPN Perlis. Pengetua dan Guru Besar seluruh negeri Perlis diberi taklimat tentang penambaikan yang diberikan kepada Program Nilam. En. Addnan bin Abd Hamid selaku Ketua Penolong Pengarah BTPN Perlis memberikan ucap utama program ini.  En Mohd Zulhimi bin Rosli, Ketua Unit Perhidmatan  Sumber Pendidikan (UPSP) BTPN Perlis  memberikan taklimat berkaitan Nilam.  Turut sama memberi taklimat ialah En. Md Nizam bin Azid dari Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra dari Universiti Malaysia Perlis  (UniMAP).


# kami juga menawarkan perkhidmatan pinjaman buku berkelompok kepada jabatan/sekolah yang berminat. Sebanyak 100 buah buku ditawarkan kepada sekolah dan jabatan yang berminat. Tempoh masa adalah sebulan.

# Jemputlah perpustakaan untuk adakan pameran dan aktiviti di organisasi @ sekolah anda. Aktiviti galakan membaca seperti taklimat perpustakaan, taklimat galakan membaca, ceramah literasi maklumat, bengkel perpustakaan, celik IT, pameran, mewarna, aktiviti i-play toy, lawatan dan lain-lain aktiviti lagi..

Maklumat lanjut hubungi:

Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis
Jalan Penjara, 01000 Kangar, Perlis
No. tel : 049764436
Faks : 049760906
H/p : 0174696110 (Zairina)