Bersukan dan kenali rakan

Perpustakaan bukan hanya tempat untuk membaca tetapi adik-adik boleh terlibat aktiviti menyihatkan seperti bersukan dan kenali rakan.

Aktiviti membaca bersama

Selangkah ke perpustakaan, selautan ilmu pengetahuan. Membaca dan kongsikan bahan bacaan bersama rakan-rakan untuk tambahkan ilmu pengetahuan.

Anak soleh kreatif

Smart learning, smart solat, smart akhlak.

Seni kraf

Pelajari bagaimana menjadikan bahan-bahan terbuang menjadi kraf yang cantik dan unik.

Pertandingan bercerita dan aktiviti bercerita

Membaca menjadikan kita luas pengetauan. Sertai pertandingan bercerita atau saksikan persembahan puppet.


Tuesday 24 January 2017

Program Syoknya ke Perpustakaan Sempena Cuti Sekolah

PROGRAM SYOKNYA KE PERPUSTAKAAN 2016 (SEMPENA CUTI SEKOLAH)

Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis telah menjalankan aktiviti Program Syoknya ke Perpustakaan Sempena Cuti Sekolah 2016 dengan jayanya. Program ini dijalankan pada 5 Dis 2016-30 Dis 2016. Berikut adalah aktiviti yang telah dilaksanakan:


  1. Pertandingan Baca Jawi | 5 Dis 2016, Isnin
  2. Kraf Kreatif | 6 Dis 2016, Selasa
  3. Cef Cilik : Sandwich | 7 Dis 2016, Rabu
  4. Mini Sukaneka | 8 Dis 2016, Khamis
  5. Kraf Kreatif : Origami Burung & Bunga | 9 Dis 2016, Jumaat
  6. Tayangan & Kuiz | 10 Dis 2016, Sabtu
  7. Celik It : Powerpoint (Belia) | 13 Dis, Selasa
  8. Cef Cilik : Moist Cake Chocholate | 14 Dis, Rabu
  9. Bengkel Pengacara  Kreatif (Belia) | 15 Dis 2016, Khamis
  10. Kem Anak Soleh Kreatif | 15 Dis 2016, Khamis
  11. Celik It : Ai (Belia) | 16 Dis, Jumaat
  12. Explorace : Pencarian Maklumat | 16 Dis, Jumaat
  13. Pertandingan Bakat Lagu 60 an | 16 Dis, Jumaat
  14. Pertandingan Membaca Berita | 19 Dis, Isnin
  15. Bengkel Aktiviti Bercerita | 20 Dis, Selasa
  16. Cef Cilik : Hias Cup Cake | 21 Dis, Rabu
  17. Pertandingan Sukan Rakyat : Dam Aji, Batu 7, Congkak | 22 Dis, Khamis
  18. Bengkel Pengacara  Cilik(Kanak-Kanak) 22 Dis 2016, Khamis
  19. Celik It : Photoshop (Belia) | 23 Dis 2016, Jumaat
  20. Bacalah Sayang & Kuiz | 23 Dis 2016, Jumaat
  21. Tayangan & Kuiz | 24 Dis, Sabtu
  22. Celik It : Microsoft Word (Belia) | 26 Dis 2016, Selasa
  23. Cabutan Bertuah – Daftar Ahli, Pinjaman Buku & Aktiviti (Mingguan)
  24. Cabutan Bertuah – Daftar Ahli, Pinjaman Buku & Aktiviti (Bulanan)





PROGRAM SYOKNYA KE PERPUSTAKAAN 2015 (SEMPENA CUTI SEKOLAH). (maklumat lanjut..sila klik)

Aktiviti 1 : Kisah-Kisah Nabi & Tauladan |14 Disember 2015, (Isnin)
                            

Aktiviti 2 : Jom Solat | 15 Disember 2015, (Selasa)
                                   

Aktiviti 3 : Membaca Al-Quran Dengan Tajwid Yang Betul | 16 Disember 2015, (Rabu)


Aktiviti 4 : Alfatihah & Hafazan Surah-Surah Pilihan | 17 Disember 2015, (Khamis)

Aktiviti 5 : Motivasi Anak Soleh | 18 Disember 2015, (Jumaat)
                            
Aktiviti 6 : Sukaneka Bersama Keluarga | 19 Disember 2015, (Sabtu)

Aktiviti 7 : Bengkel Asas Pembelajaran Tarian | Sepanjang Bulan Disember 2015


Friday 13 January 2017

PERPUSTAKAAN UTC



Perpustakaan UTC Kangar Perlis
Bangunan UTC,
01000, Kangar Perlis

PERPUSTAKAAN PEKAN


Perpustakaan Pekan Arau
Perpustakaan Pekan Arau,
02600 Arau,
Perlis

PERPUSTAKAAN DESA

Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis telah mempunyai 37 buah Perpustakaan Desa di seluruh Negeri Perlis sehingga tahun 2012. Penubuhan Perpustakaan Desa merupakan salah satu usaha kerajaan untuk memperluaskan perkhidmatan perpustakaan ke kawasan luar bandar. Usaha mewujudkan budaya membaca di kalangan masyarakat luar bandar dapat dipertingkatkan dengan perluasan perkhidmatan ini.

Antara kemudahan yang disediakan oleh Perpustakaan Desa adalah pinjaman dan rujukan bahan, aktiviti galakan membaca pelbagai pengisian lain untuk kemudahan pengunjung.

Senarai Perpustakaan Desa di Negeri Perlis.
  1. PD Batu Bertangkup (USP)
  2. PD Padang Siding (USP)
  3. PD Mata Ayer (USP)
  4. PD Tambun Tulang (USP)
  5. PD Kampung Kok Klang (USP)
  6. PD Bukit Chabang (USP)
  7. PD Masjid Ehsan Beseri (USP)
  8. PD Kg Titi Tinggi Hulu (USP)
  9. PD Kg. Paggas Besar (USP)
  10. PD Kg. Balik Bukit (USP)
  11. PD Oran
  12. PD Seberang Ramai Kuala Perlis (USP)
  13. PD Guar Gajah (USP)
  14. PD Kg. Paya Kelubi
  15. PD Abi (USP)
  16. PD Sentua Utan Aji
  17. PD Ulu Pauh (USP)
  18. PD Kg Chantek Bangun (USP)


PERPUSTAKAAN DESA PROJEK KHAS PNM 2005
  1. PD Alor Redis (USP)
  2. PD Felcra Lubuk Sireh (USP)
  3. PD Kaki Bukit (USP)
  4. PD Kg. Teluk Jambu (USP)
  5. PD Wang Kelian (USP)

PERPUSTAKAAN DESA PROJEK KHAS PNM 2006
  1. PD Behor Mali
  2. PD Kg Bongkok, Padang Lati
  3. PD Kg Peladang, Kayang
  4. PD Kg. Syed Omar, Bintong
  5. PD Kg. Tersusun, Padang Besar
  6. PD Titi Tok Bandar, Seriab
  7. PD Kuala Sanglang
  8. PD Masjid Simpang Sanglang
  9. PD RPA Pauh
  10. PD Sg. Bakong
  11. PD Wang Ulu Bintong

PERPUSTAKAAN DESA PROJEK KHAS PNM 2007
  1. PD Taman Kemajuan
  2. PD Bongor Kudong

Monday 9 January 2017

PERPUSTAKAAN CAWANGAN

Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis mempunyai 3 cawangan perpustakaan iaitu:



I) Perpustakaan Cawangan Padang Besar (U)

Perpustakaan Cawangan Padang Besar (U)

Jalan Kampung Melayu,
02100 Padang Besar (U),
Perlis
Blog : 


II) Perpustakaan Cawangan Simpang Empat



Perpustakaan Cawangan Simpang Empat

Pekan Simpang Empat.
02700 Simpang Empat,
Perlis.
Blog : http://pc2spgempat.blogspot.my/

III) Perpustakaan Cawangan Kuala Perlis


Perpustakaan Cawangan Kuala Perlis

Kuala Perlis,
02000 Kuala Perlis,
Perlis

Blog : http://libcawangankualaperlis.blogspot.my/

PERPUSTAKAAN NEGERI


Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis
Jalan Penjara
01000 Kangar
Perlis

Telefon : 04-9764436
Faks : 04-9760906 (Faks)
Laman web : perlislib.gov.my
Facebook : Perpustakaan Awam Perlis

Saturday 7 January 2017

Skuad Promosi Perpustakaan

1) PENGENALAN

Skuad  Promosi PPANPs ditubuhkan bagi menjalankan aktiviti-aktiviti berkaitan Promosi galakan membaca dan Kempen Daftar Ahli Perpustakaan di sekolah dan jabatan kerajaan serta jemputan daripada agensi luar di seluruh negeri Perlis.


2) STRATEGI PROMOSI PERPUSTAKAAN

2.1 Mengadakan kerjasama dengan I-Play Toy Library, Kelab Membaca Sinar Pintar dan petugas rangkaian perpustakaan berhampiran lokasi.

2.2 Menggalakkan orang ramai menjadi ahli perpustakaan melalui program dan pameran yang diadakan.

2.3 Mengadakan aktiviti galakan membaca bersama masyarakat terutama pelajar sekolah.

3) AKTIVITI YANG DIJALANKAN

Aktiviti galakan membaca yang sering dijalankan seperti:

3.1 Ceramah Bangsa Membaca Bangsa Berjaya
3.2 Ceramah Literasi Maklumat
3.3 Taklimat perpustakaan
3.4 Pameran rangkaian perpustakaan
3.5 Pameran koleksi perpustakaan (buku, alatan permainan)
3.6 Pameran I-Play Toy Library dan aktiviti
3.7 Kempen daftar ahli perpustakaan
3.8 Baca jawi
3.9 Putar-putar ilmu
3.10 Kuiz jejak maklumat
3.11 Tayangan dan kuiz
3.12 Puzzles
3.13 Mewarna
3.14 Membuat penanda buku
3.15 Origami
3.16 Cabutan bertuah

BERMINAT??

Sila hubungi :
Pn. Zairina Hashim, 
Penolong Pustakawan, 
Unit Sumber Media, Perpustakaan Kanak-Kanak, 
Perpustakaan Bestari Samsung dan Promosi Galakan Membaca
04-9764436 (Pejabat) 0174696110 (Hp)

Sebarang surat mengurat sila alamatkan ke:

Pengarah 
Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis
Jalan Penjara, 01000
Kangar, Perlis.

Sila klik untuk melihat aktiviti-aktiviti galakan membaca yang diadakan











RUANG SOLAT

Kemudahan ruang solat adalah untuk muslim dan muslimah sahaja. Dilarang membuat bising.


LOCKER

 Kanak-kanak adalah dilarang sama sekali membawa barang brharga. Semua beg, kampit, fail, makanan dan minuman seumpamanya tidak dibenarkan di bawa masuk ke dalam perpustakaan. Barang-barang tersebut bolehlah ditempatkan di dalam locker.

Keselamatan barangan anda adalah tanggungjawab anda.


PERMAINAN VR


Perpustakaan bukan hanya mempunyai bahan bacaan seperti  buku dan majalah malah mempunyai koleksi permainan berinformasi. Kanak-kanak boleh bermain tanpa batasan dengan syarat tidak menyelerakkannya. Anda perpu bertanggungjawab terhadap barang permainan tersebut.


Terkini, kanak-kanak boleh bermain permainan VR maya yang hebat. Permainan ini dikenakan caj bayaran sebanyak RM3.00 selama 3 minit. 


RUANG SANTAI



Ruang santai dilengkapi kemudahan tv, pemain dvd dan bantal beans. Kanak-kanak bolehlah bersantai bersama rakan-rakan sambil menonton tv dan filem. Bleh memuatkan 10 orang kanak-kanak dalam satu-satu masa. Boleh dapatkan DVD untuk tayangan filem di Unit Sumber Media.


BILIK AKTIVITI


Bilik ini boleh digunakan untuk melakukan aktiviti kanak-kanak seperti pertandingan mewarna, aktiviti bersama tabika, seni kraftangan, taklimat, ceramah, tayangan filem dan pembelajaran dan banyak lagi.

Ruang bilik yang sesuai untuk perlaksanaan aktiviti pembelajaran kanak-kanak. Bilik ini terbuka kepada semua kanak-kanak yang ingin menyertai aktiviti yang dijalankan oleh Perpustakaan Awam Negeri Perlis.


Bilik ini dilengkapi kemudahan PA sistem yang lengkap, pembesar suara, lcd dan sebagainya. Boleh memuatkan 50 orang pelajar dalam satu-satu masa.


Aktiviti Tayangan

Aktiviti Bercerita

HIPERMEDIA


FUNGSI
Unit ini berfungsi menyediakan perkhidmatan ICT kepada pengguna berumur 6-12 tahun. Di antara perkidmatan yang disediakan ialah:-

Percuma penggunaan komputer riba 1 Malaysia / internet untuk bahan rujukan.
Percuma penggunaan tab untuk tujuan permainan berinformasi dan kuiz

LARANGAN

Dilarang bermain games dan install mana-mana permainan online ke dalam komputer riba dan tab.






Friday 6 January 2017

PINJAMAN BERKELOMPOK

Perkhidmatan ini disediakan kepada institusi/jabatan yang tidak mempunyai peruntukan untuk perolehan koleksi. Sesebuah institusi/jabatan boleh meminjam sebanyak 100 buah buku untuk tempoh SATU (1) BULAN. Institusi/jabatan tersebut bertanggungjawab terhadap buku yang mereka pinjam tertakluk kepada syarat dan peraturan Pinjaman Bekelompok.

DENDA


Sekiranya berlaku kehilangan dan kerosakan buku yang dipinjam, peminjam perlu membayar harga buku dan kos proses buku.


Denda dikenakan 5 sen sehari bagi setiap buku yang lewat dipulangkan TIDAK TERMASUK hari Ahad dan cuti umum.

PINJAMAN DAN PEMULANGAN BUKU


PINJAMAN BUKU

  1. Seorang ahli berdaftar di benarkan meminjam maksimum 3 buah buku dalam jangkamasa 3 minggu.
  2. Sila maklumkan nama dan no. ic / no. my kid / sijil kelahiran untuk memudahkan proses pinjaman bahan,
  3. Pastikan bahan pinjaman berada dalam keadaan baik semasa meminjam kerana anda akan bertanggungjawab keatas bahan tersebut.


PEMULANGAN BUKU

  1. Sila serahkan buku di kaunter pemulangan.
  2. Pemulangan boleh dibuat dengan memasukkan buku ke dalam kotak pemulangan yang disediakan sekiranya perkhidmatan ditutup.
  3. Bahan pinjaman WAJIB dipulangkan pada tarikh yang ditetapkan.
  4. Pemulangan pinjaman boleh dibuat sebelum tarikh yang ditetapkan.
  5. Sekiranya berlaku kehilangan dan kerosakan buku yang dipinjam, peminjam perlu membayar harga buku dan kos proses buku.
  6. Denda dikenakan 5 sen sehari bagi setiap buku yang lewat dipulangkan TIDAK TERMASUK hari Ahad dan cuti umum.

WAKTU PERKHIDMATAN

Isnin-Sabtu : 9.00 pagi - 6.00 petang

Jumaat : 12.00 - 2.45 petang (Rehat)

Ahad & Cuti Umum : Ditutup

PENDAFTARAN KEAHLIAN

CARA-CARA UNTUK MENJADI AHLI PERPUSTAKAAN:

Pendaftaran keahlian dengan menggunakan Mykid
Isi Borang keahlian 
Yuran keahlian Percuma
Pembaharuan keahlian setiap tahun.

My Kid



KELEBIHAN MENJADI AHLI:

Boleh meminjam buku sebanyak 6 buah selama 3 minggu
Hadiah misteri! Tertakluk peruntukan

Dapat menjalankan aktiviti galakan membaca.