Thursday 13 April 2017

Pameran dan promosi galakan membaca sempena program Hari Anugerah Cemerlang dan Hari Kokurikulum SMK Derma

Tarikh: 13 April 2017 (Khamis)

Masa : 8.00 Pagi - 12.30Tgh Hari
Tempat : Sek. Men. Keb. Derma



Sekalung penghargaan kepada Sek. Men. Keb. Derma kerana telah menjemput Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis  bagi mengadakan pameran dan promosi galakan membaca sempena program Hari Anugerah Cemerlang dan Hari Kokurikulum SMK Derma tahun 2017. DYMM Tuanku Raja Perlis dan DYTM Tuanku Raja Muda Perlis sudi mencemar duli merasmikan program ini

Pelbagai aktiviti diadakan kepada pelajar tersebut yang seramai 200 orang seperti kempen daftar ahli perpustakaan, baca jawi, sudut bacaan, sudut permainan, pameran buku dan sebagainya

Sambutan pelajar amatlah menggalakkan.

Perpustakaan berhampiran adalah Perpustakaan Awam Negeri Perlis, Kangar (perpustakaan pusat) dan Perpustakaan Desa berhampiran Kangar adalah Perpustakaan Desa Perpustakaan Desa Taman KEmajuan, Perpustakaan Desa Sg. Bakong, Perpustakaan Desa Alor Redis, Perpustakaan Desa Sentua.


Pendaftaran ahli perpustakaan adalah percuma. Kelebihan menjadi ahli adalah dapat meminjam buku sebanyak 6 buah selama 3 minggu dan dapat menjalankan aktiviti galakan membaca. Buat masyarakat negeri Perlis terutamanya, pinjaman buku sebanyak 6 buah adalah bermula dari bulan April 2017. Sebelum ini, pinjaman buku adalah sebanyak 3 buah sahaja.

Diharap dengan pendedahan program ini, dapat menarik minat pelajar untuk menimba ilmu melalui membaca. Selangkah ke perpustakaan, selautan ilmu pengetahuan.

# kami juga menawarkan perkhidmatan pinjaman buku berkelompok kepada jabatan/sekolah yang berminat. Sebanyak 100 buah buku ditawarkan kepada sekolah dan jabatan yang berminat. Pinjaman buku berkelompok bolehlah dijalankan di mana-mana rangkaian perpustakaan di negeri Perlis samada perpustakaan desa, perpustakaan pekan, perpustakaan cawangan dan perpustakaan pusat. Tempoh masa adalah sebulan.

# Jemputlah perpustakaan untuk adakan pameran dan aktiviti di organisasi @ sekolah anda. Aktiviti galakan membaca seperti taklimat perpustakaan, taklimat galakan membaca, ceramah literasi maklumat, bengkel perpustakaan, celik IT, pameran, mewarna, aktiviti i-play toy, lawatan dan lain-lain aktiviti lagi..

Maklumat lanjut hubungi:


Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis
Jalan Penjara, 01000 Kangar, Perlis
No. tel : 049764436
Faks : 049760906
H/p : 0174696110 (Zairina)























0 comments:

Post a Comment