Thursday 6 April 2017

Pameran & Promosi Galakan Membaca @ Sek. Keb. Dato' Ahmad Musa

Tarikh: 6 April 2017 (Khamis)

Masa : 8.30 Pagi - 12.00 Tgh Hari
Tempat : Sek. Keb. Dato' Ahmad Musa


Sekalung penghargaan kepada Sek. Keb. Dato' Ahmad Musa kerana telah menjemput Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis  bagi mengadakan pameran dan promosi galakan membaca sempena program Hari Usahawan Muda di Sekolah Kebangsaan Dato' Ahmad Musa pada 6 April 2017.

Pelbagai aktiviti diadakan kepada pelajar tersebut yang seramai 200 orang seperti kempen daftar ahli perpustakaan, baca jawi dan rumi, eja perkataan, sudut bacaan, pameran buku dan sudut bacaan, i play toy library dan sebagainya.

Sambutan pelajar amatlah menggalakkan.

Perpustakaan Desa berdekatan adalah Perpustakaan Desa Msjid Simpang Sanglang, Perpustakaan Desa Kuala Sanglang, Perpustakaan Desa Bongor Kudong, Perpustakaan Desa Cantik Bangun manakala perpustakaan cawangan adalah Perpustakaan Cawangan Simpang Empat


Pendaftaran ahli perpustakaan adalah percuma. Kelebihan menjadi ahli adalah dapat meminjam buku sebanyak 6 buah selama 3 minggu dan dapat menjalankan aktiviti galakan membaca. Buat masyarakat negeri Perlis terutamanya, pinjaman buku sebanyak 6 buah adalah bermula dari bulan April 2017. Sebelum ini, pinjaman buku adalah sebanyak 3 buah sahaja.

Diharap dengan pendedahan program ini, dapat menarik minat pelajar untuk menimba ilmu melalui membaca. Selangkah ke perpustakaan, selautan ilmu pengetahuan.

# kami juga menawarkan perkhidmatan pinjaman buku berkelompok kepada jabatan/sekolah yang berminat. Sebanyak 100 buah buku ditawarkan kepada sekolah dan jabatan yang berminat. Pinjaman buku berkelompok bolehlah dijalankan di mana-mana rangkaian perpustakaan di negeri Perlis samada perpustakaan desa, perpustakaan pekan, perpustakaan cawangan dan perpustakaan pusat. Tempoh masa adalah sebulan.

# Jemputlah perpustakaan untuk adakan pameran dan aktiviti di organisasi @ sekolah anda. Aktiviti galakan membaca seperti taklimat perpustakaan, taklimat galakan membaca, ceramah literasi maklumat, bengkel perpustakaan, celik IT, pameran, mewarna, aktiviti i-play toy, lawatan dan lain-lain aktiviti lagi..

Maklumat lanjut hubungi:

Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis
Jalan Penjara, 01000 Kangar, Perlis
No. tel : 049764436
Faks : 049760906
H/p : 0174696110 (Zairina)























0 comments:

Post a Comment