Monday 19 December 2016

Pertandingan Bakat Lagu 60 an

PROGRAM SYOKNYA KE PERPUSTAKAAN SEMPENA CUTI SEKOLAH

Aktiviti 12 : Pertandingan Bakat Lagu 60 an
Tarikh : 16 Dis 2016
Masa : 2.00 ptg – 6.00 ptg
Tempat : Auditorium, Perbadanan Perpustakaan Awam Kangar, Perlis
Peserta : 4 kanak-kanak , 11 dewasa + 100 penonton

 Adakah anda mengingati lagu 60 an seperti Kenanganku Jerydin, Oh Fatimah (A. Ramlee) Malam Pesta Muda Mudi (Saloma)?

Pertandingan Bakat Lagu 60 an diadakan dengan jayanya melibatkan penyertaan 4 orang kanak-kanak dan 11 dewasa. Format pertandingan adalah nyanyian secara solo sambil diiringi muzik band. Sebahagian peserta sahaja menggunakan minus one. Objektif pertandingan ini adalah untuk mengeratkan silaturrahim di antara peserta dan mencungkil bakat-bakat terpendam dan juga bakat-bakat baru

Program Cuti Sekolah 2016: Syoknya ke Perpustakaan! diadakan bertujuan untuk menyemarakan masyarakat terutamanya kanak-kanak dan ibu bapa untuk datang ke perpustakaan dalam mengisi masa lapang cuti sekolah. Perpustakaan bukan sahaja tempat mencari ilmu bahkan dapat melakukan perkara-perkara yang menyerononokkan melalui aktiviti di samping dapat menambahkan ilmu pengetahuan.
Pihak sekolah, jabatan luar bolehlah menjemput pihak perpustakaan untuk adakan aktiviti galakan membaca di sekolah atau adakan lawatan di perpustakaan dalam menggalakkan kanak-kanak, belia dan dewasa minat membaca.


Hubungi
Pn. Zairina Hashim
Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis
Jln Penjara, 01000 Kangar, Perlis
No. Tel: 049764436 (Pejabat)
0174696110 (H/P)






















































0 comments:

Post a Comment