Wednesday 7 December 2016

Cef Cilik : Sandwich


PROGRAM SYOKNYA KE PERPUSTAKAAN SEMPENA CUTI SEKOLAH

Aktiviti  3 : Cef Cilik : Sandwich
Tarikh : 7 Dis 2016
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Perpustakaan Kanak-Kanak-Kangar, Perlis
80 orang kanak-kanak


Staf perpustakaan membuat demo masakan cara-cara untuk membuat sandwich telur dan sandwich sardine. Menu yang ringkas ini boleh dibuat sendiri oleh kanak-kanak di rumah. Para peserta turut dikehendaki untuk menghasilkan sandwich secara berkumpulan.


Tujuan aktiviti ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang bagaimana membuat sandwich yang ringkas dan sedap. Selain itu, ia juga akan mengajar peserta supaya berani dalam membuat setiap perkara yang mendatangkan hasil yang positif.


Program Cuti Sekolah 2016: Syoknya ke Perpustakaan! diadakan bertujuan untuk menyemarakan masyarakat terutamanya kanak-kanak dan ibu bapa untuk datang ke perpustakaan dalam mengisi masa lapang cuti sekolah. Perpustakaan bukan sahaja tempat mencari ilmu bahkan dapat melakukan perkara-perkara yang menyerononokkan melalui aktiviti di samping dapat menambahkan ilmu pengetahuan.
Pihak sekolah, jabatan luar bolehlah menjemput pihak perpustakaan untuk adakan aktiviti galakan membaca di sekolah atau adakan lawatan di perpustakaan dalam menggalakkan kanak-kanak minat membaca.


Hubungi
Pn. Zairina Hashim
Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis
Jln Penjara, 01000 Kangar, Perlis
No. Tel: 049764436 (Pejabat)

0174696110 (H/P)


























0 comments:

Post a Comment