Friday 23 December 2016

Bacalah Sayang!

PROGRAM SYOKNYA KE PERPUSTAKAAN SEMPENA CUTI SEKOLAH

Aktiviti 19 : Bacalah Sayang!
Tarikh : 23 Dis 2016
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Perpustakaan Kanak-Kanak, Perbadanan Perpustakaan Awam Kangar, Perlis
Peserta : 40 orang


Melalui aktiviti ini, kanak-kanak dikehendaki untuk membaca buku kegemaran mereka selama 3 minit. Selepas itu, kanak-kanak dikehendaki untuk mereka cipta kulit muka buku mengikut kreativiti sendiri. Turut diadakan majlis sambutan hari lahir adik Syamilah, 7 tahun yang berasal dari Melaka.

Program Cuti Sekolah 2016: Syoknya ke Perpustakaan! diadakan bertujuan untuk menyemarakan masyarakat terutamanya kanak-kanak dan ibu bapa untuk datang ke perpustakaan dalam mengisi masa lapang cuti sekolah. Perpustakaan bukan sahaja tempat mencari ilmu bahkan dapat melakukan perkara-perkara yang menyerononokkan melalui aktiviti di samping dapat menambahkan ilmu pengetahuan.


Pihak sekolah, jabatan luar bolehlah menjemput pihak perpustakaan untuk adakan aktiviti galakan membaca di sekolah atau adakan lawatan di perpustakaan dalam menggalakkan kanak-kanak, belia dan dewasa minat membaca.


Hubungi
Pn. Zairina Hashim
Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis
Jln Penjara, 01000 Kangar, Perlis
No. Tel: 049764436 (Pejabat)

0174696110 (H/P)
















0 comments:

Post a Comment