Thursday 10 November 2016

PAMERAN DAN PROMOSI GALAKAN MEMBACA SEMPENA KARNIVAL KOKURIKULUM @ SK BINTONG

PAMERAN DAN PROMOSI GALAKAN MEMBACA SEMPENA KARNIVAL KOKURIKULUM @ SK BINTONG

Tarikh:10 Nov 2016 (Khamis)
Masa : 8.00 Pagi - 12.30 Tgh Hari
Tempat : Sek. Keb. Bintong




Sekalung penghargaan kepada Sek. Keb. Bintong kerana telah menjemput Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis mengadakan pameran dan program galakan membaca sempena program Karnival Kokurikulum 2016.

Pelbagai aktiviti dijalankan seperti kempen daftar ahli perpustakaan, kuiz, kuiz putar-putar ilmu, baca jawi, baca rumi. mewarna, sudut bacaan, sudut permainan, pameran buku dan sebagainya.
Sambutan pelajar amatlah menggalakkan.

Perpustakaan yang berhampiran SK Bintong adalah Perpustakaan Awam Negeri Perlis, Perpustakaan Desa Wang Ulu dan Perpustakaan Desa Teluk Jambu.

Pendaftaran ahli adalah percuma. Kelebihan menjadi ahli adalah dapat meminjam buku sebanyak 3 buah selama 3 minggu dan dapat menjalankan aktiviti galakan membaca.

Diharap dengan pendedahan program ini, dapat menarik minat pelajar untuk menimba ilmu melalui membaca. Selangkah ke perpustakaan, selautan ilmu pengetahuan.

# kami juga menawarkan perkhidmatan pinjaman buku berkelompok kepada jabatan/sekolah yang berminat.

# Jemputlah perpustakaan untuk adakan pameran dan aktiviti di organisasi @ sekolah anda. Aktiviti galakan membaca seperti taklimat perpustakaan, taklimat galakan membaca, ceramah literasi maklumat, bengkel perpustakaan, celik IT, pameran, mewarna, aktiviti i-play toy, lawatan dan lain-lain aktiviti lagi..

Maklumat lanjut hubungi:

Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis
Jalan Penjara, 01000 Kangar, Perlis
No. tel : 049764436
Faks : 049760906
H/p : 0174696110 (Zairina)















0 comments:

Post a Comment