Monday 14 November 2016

LAWATAN ILMIAH SK DATO' KAYAMAN

LAWATAN ILMIAH SK DATO' KAYAMAN


Tarikh : 14 Nov 2016 (Isnin)
Masa : 9.00 Pagi - 12.00 Tgh Hari
Tempat : Perpustakaan Awam Perlis
Peserta : Pelajar tahun 6 seramai 44 orang dan guru

Sekalung penghargaan kepada Sek. Keb. Dato' Kayaman kerana telah mengadakan lawatan ilmiah ke Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis.Pelbagai aktiviti telah disediakan kepada para pelajar antaranya:

1) DAFTAR AHLI PERPUSTAKAAN

Keahlian adalah secara percuma dan para pelajar boleh meminjam buku sebanyak 3 buah selama 3 minggu.


2) LAWATAN KE SETIAP BAHAGIAN/UNIT DALAM PERPUSTAKAAN

Para pelajar dibawa mengadakan lawatan ke setiap unit dan bahagian untuk memberi pendedahan kepada mereka perkhidmatan yang disediakan. Antaranya Unit Koleksi Negeri Perlis, Perpustakaan Kanak-Kanak, Unit Sirkulasi, Unit Sumber Media, Perpustakaan Bestari Samsung dan sebagainya.

3) CERAMAH LITERASI MAKLUMAT

Melalui ceramah ini, para pelajar diberi pendedahan mengenai sumber maklumat dan bahan rujukan yang pelbagai. Pelajar diberi pendedahan mengenai teknik dan kemahiran mengenalpasti maklumat dan sumber rujukan, mencari, menilai, mengurus, menyebar, dan menggunakan maklumat dengan beretika.

4)BENGKEL KOMPUTER : PENCARIAN MAKLUMAT MENGGUNAKAN GOOGLE, PNM DIGITAL DAN BAHAN ELEKTRONIK

Para pelajar juga didedahkan tentang pencarian maklumat dengan menggunakan sumber elektronik


5) TAYANGAN & KUIZ

Tayangan mengenai kisah semangat Merdeka dan bagaimana orang terdahulu mencapai kemerdekaan. Kuiz diadakan selepas habis tayangan untuk mengukur sejauh mana tahap kefahaman mereka. Mereka juga diajar tentang pencarian bahan bukan sahaja melalui buku malah rujukan lain seperti CD.

Diharap dengan pendedahan program ini, dapat menarik minat pelajar untuk menimba ilmu melalui membaca. Selangkah ke perpustakaan, selautan ilmu pengetahuan.

Nota
# kami juga menawarkan perkhidmatan pinjaman buku berkelompok kepada jabatan/sekolah yang berminat.

# Jemputlah perpustakaan untuk adakan pameran dan aktiviti di organisasi @ sekolah anda. Aktiviti galakan membaca seperti taklimat perpustakaan, taklimat galakan membaca, ceramah literasi maklumat, bengkel perpustakaan, celik IT, pameran, mewarna, aktiviti i-play toy, lawatan dan lain-lain aktiviti lagi..

Maklumat lanjut hubungi:
Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis
Jalan Penjara, 01000 Kangar, Perlis
No. tel : 049764436
Faks : 049760906
H/p : 0174696110 (Zairina)











0 comments:

Post a Comment