Tuesday 8 November 2016

LAWATAN SAMBIL BELAJAR MURID PRASEKOLAH KE PERPUSTAKAAN KANAK-KANAK, KANGAR, PERLIS

LAWATAN SAMBIL BELAJAR MURID PRASEKOLAH KE PERPUSTAKAAN KANAK-KANAK, KANGAR, PERLIS


SEKOLAH : PRA SEKOLAH, SK JALAN RAJA SYED ALWI
TARIKH : 8 NOVEMBER 2016
PENYERTAAN : 30 PELAJAR + 4 GURU

Sekalung penghargaan kepada Prasekolah, Sek. Keb. Jalan Raja Syed Alwi kerana telah mengadakan lawatan sambal belajar ke Perpustakaan Kanak-Kanak, Kangar Perlis pada 8 November 2016 (Selasa). Seramai 30 orang pelajar dan 4 orang guru terlibat lawatan tersebut.

Sekalung penghargaan kepada pihak sekolah kerana mengambil inisiatif mengadakan lawatan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang amalan membaca yang boleh dilakukan di perpustakaan. Membaca menambahkan ilmu pengetahuan. Selangkah ke perpustakaan ‘selautan ilmu pengetahuan’.Para pelajar bukan sahaja boleh membaca buku di perpustakaan, malah dapat meminjam buku sebanyak 3 buah dan pelbagai aktiviti menarik disediakan antaranya mewarna, tayangan dan membaca e-book di Perpustakaan Bestari Samsung.

Di sini paling penting adalah peranan para guru dan ibu bapa dalam menyemai tabiat membaca di kalangan pelajar dan anak-anak. Jom, sila dapatkan buku melalui pinjaman buku di perpustakaan.

# kami juga menawarkan perkhidmatan pinjaman buku berkelompok kepada jabatan/sekolah yang berminat

# Jemputlah perpustakaan untuk adakan pameran dan aktiviti di organisasi @ sekolah anda. Aktiviti galakan membaca seperti taklimat perpustakaan, taklimat galakan membaca, ceramah literasi maklumat, bengkel perpustakaan, celik IT, pameran, mewarna, aktiviti i-play toy, lawatan dan lain-lain aktiviti lagi..

Maklumat lanjut hubungi:
Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis
Jalan Penjara, 01000 Kangar, Perlis
No. tel : 049764436
Faks : 049760906
H/p : 0174696110 (Zairina)












0 comments:

Post a Comment