Tuesday 23 May 2017

PROGRAM KOMUNITI PERGIGIAN

Program Komuniti Pergigian berlangsung dengan jayanya pada 22-25 Mei 2017 (4 hari). Program ini merupakan anjuran Klinik Pergigian Bergerak Kangar Perlis dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis . Perkhidmatan yang disediakan adalah pemeriksaan gigi, pembersihan dan tampalan ringkas gigi. Program ini diadakan percuma untuk semua masyarakat di negeri Perlis. Turut diadakan adalah pameran kesihatan gigi pada 23 Mei 2017. Penyertaan pengunjung adalah seramai lebih kurang 150 peserta.














Ceramah Sayangi Kerjaya Anda dan Taklimat JKKP pada 23 Mei 2017. Semua kakitangan PPANPs adalah terlibat.




0 comments:

Post a Comment