Thursday 28 December 2017

Master Chef : Learn to Cook!

28 Dis 2017,Khamis. Seramai 90 peserta yang terdiri daripada kanak-kanak berumur 4-12 tahun terlibat dalam aktiviti master chef : learn to cook cheesekut.

Tenaga pengajar adalah Pn. Asmah Ali, Penolong Pustakawan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis. Perpustakaan Awam Perlis

Para peserta diberi penerangan tentang cara masakan dan seterusnya melakukannya di dalam kumpulan.

Bahan-bahan CHEESEKUT
1. 1 peket biskut deluxe cracker sayuran
2. 1 cawan susu cair @ susu kotak
3. 1/2 cawan susu pekat @ secukup rasa
4. 1 tiub 250g tatura cream cheese
5. 1/4 cawan whipping cream dairy
6. sedikit esen vanilla

Cara-caranya
1. masukkan bahan cecair susu kotak, whipping cream dan esen vanilla
2. Masukkan cream cheese dan blends.
3. susun biskut berlapis-lapis di dalam bekas dan tuangkan bahan blend tersebut. ulang sampai beberapa lapisan yang dikehendaki.
4. simpan di dalam peti sejuk. sejukkan semalaman dan bila sudah keras, hiasi dengan milo atau horlick di atas lapisan cheesekut itu td.

Selamat mencuba!

Zairina Hashim
Unit Sumber Media, Perpustakaan Kanak-Kanak, Perpustakaan Bestari Samsung dan Promosi Galakan Membaca
Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis













0 comments:

Post a Comment